Sabtu, 4 Februari 2012

Bila diri kehilangan orang yang dicintai



            Sori sebab aku dah lama tak jenguk apa. Bukan apa, tengah rawat luka kehilangan ayah tercinta, tepat hari besday arwah pulak tu. Jadi, kalau sesapa yang tak nampak entri aku lama sangat, paham-paham jelah.
Arwah meninggal pada pagi Khamis dan dikebumikan pada malam Jumaat(Maghrib). Alhamdulillah tak ada rasa ralat sikit pun dan semua berjalan lancar.
          2 hari sebelum arwah meninggal, arwah ayah jemput semua kawan datang makan masak asam yang arwah ayah tangkap haritu 2 hari berturut- turut. Arwah ada la pesan suruh belajar elok- elok. Masatu, aku dah rasa semacam tapi malas nak ambik pot, sebab arwah nampak sihat walafiat je.
         Pagi, 4 jam sebelum arwah meninggal, arwah sempat mandikan adik aku yang paling kecik. Pastu, masa dekat pintu pagar arwah mengadu sakit dada. Aku sempat ambik minyak angin, urut- urut sikit belakang arwah. Bila tak jadi apa- apa jugak, terus kami bawak arwah pergi hospital dan tepat pukul 10: 45 pagi arwah meninggal disebabkan sakit jantung.

JUAN: Nak buat apa harini. hmmm

Rabu, 14 Disember 2011

Cara cover malu paling ideal

            Apa kau buat bila malu? Marah orang yang gelakkan kau? Tak payah susah- susah. Ikut je cara ni.

Air liur tumpah masa tidur
Mesti ada orang yang akan gelakkan kau. Takpe, kau keluarkan lagi banyak air liur. Pastu buat- buat sawan. Sure lepas ni diorang tak berani

Jatuh daripada bas
Kau pusing belakang, pastu cakap ' woi, apa tolak- tolak ni.' Padahal bukan ada orang yang tolak kau pun.

Tersilap masuk tandas perempuan
Jangan gelabah. Kau terus buat muka bimbang, pastu buat- buat tanya sesape yang ada dalam tandas tu, ada nampak tak bini kau. Cakaplah, dah setengah jam bini kau dalam toilet.

Terkentut masa kenduri.
Buat- buat tengah menghidu bau kentut tu sambil kau cari 'siapa yang buat'. Pastu kau tanya kat orang sebelah kau, samada dia yang buat.

Lupa tutup zip seluar
Takpe. Sambil bercekak pinggang kau berfalsafah, 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak.'

Silap tegur orang
Kau cakap kau ada hutang dengan dia sebanyak 1 ringgitlah yang paling minimum. 1 saat kemudian, dia akan mengaku dia kenal kau.


Pakai baju terbalik
Jangan cepat melatah. Kau cuma perlu cakap, 'ni memang fesyen baju nilah, Lee Min Ho pun dah try.

Juan: Laparnya harini

Selasa, 13 Disember 2011

Betul ke laptop 1Malaysia free?

            Jawapannya adalah tidak. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya, anak buah aku dah terkena. Konon- kononnya freelah, last- last lain yang jadik.  Apa yang jadik? Alkisahnya,
            Satu haritu, geng yang nak bagi laptop tu pun datanglah kat sekolah dia. Janji macam- macamlah. Cakap tak yah order streamyx, maka anak buah aku tu pun setuju la. Maka aku dilanda kejelesan yang amat sangat. Sape tak suka barang free kan?
            Tapi, setelah aku bermuhasabah diri, akhirnya tahap kejelesan aku semakin berkurang. Takpelah rezeki dia, nak buat macammana?
            Beberapa bulan lepas dapat laptop tu, ada bil kononnya order stremyx, tapi  makcik(mak anak buah aku) aku dah order stremyx yang pakej pelajar. 25 ringgit macamtulah, kalau tak silap aku. Tapi datang mana bil ni? Atas nama bapak dia pulak. Sama macam nama waris yang dia tulis masa nak ambik laptop tu.
            Pastu, dia pun calllah operator streamyx, tanya sebab apa ada 2 bil padahal order sekali aje. Maka, si operator tu bagitaulah bil tu untuk bayar harga laptop tu, dan akan berlanjutan selama 2 tahun. Lupa nak bagitau, bil tu jugak berharga rm 25. Sebab tu mulanya anak buah aku tak syak apa- apa.

Moral of the stori: tak ada apa di dunia yang free.

Juan: Ada hikmahla, adik aku takdapat

Sabtu, 10 Disember 2011

Jangan galak sangat

            Apesal dengan tajuk diatas? Ni la yang aku nak tazkirah sikit. Baca sampai habis, korang ni bukannya boleh, part halaqah, terus tido. Ok, cuba kau tengok, senarai entri yang selalu ditengok(jangan pening), paling atas sekali apa? Tengokla sendiri. Kepada yang berfikiran yang agak kebiru-biruan sikit, sori man. Blog aku, sedaya upaya menutup segala apa yang perlu ditutup ok.

           Kepada kaum lelaki, perempuan sekali, kalau kau berniat nak tengok benda yang sama waktu dengan apa yang aku bebelkan, tak yahle. Nanti otak korang jadi otak ikan emas. Apa kena mengena ikan emas dalam tazkirah kita pada harini, try check fakta pasal ikan tu.

Lagi satu, tundukkan nafsu kau daripada menda-menda camtu. Nanti dah kawin, tengoklah bini kau puas-puas, Dapat pahala lagi.


JUAN: Kalau dah tak tahan sangat, rendam kepala korang dalam air longkang. Ini saranan khas dari aku, Jangan ikut tau. Serius ni.