Rabu, 14 Disember 2011

Cara cover malu paling ideal

            Apa kau buat bila malu? Marah orang yang gelakkan kau? Tak payah susah- susah. Ikut je cara ni.

Air liur tumpah masa tidur
Mesti ada orang yang akan gelakkan kau. Takpe, kau keluarkan lagi banyak air liur. Pastu buat- buat sawan. Sure lepas ni diorang tak berani

Jatuh daripada bas
Kau pusing belakang, pastu cakap ' woi, apa tolak- tolak ni.' Padahal bukan ada orang yang tolak kau pun.

Tersilap masuk tandas perempuan
Jangan gelabah. Kau terus buat muka bimbang, pastu buat- buat tanya sesape yang ada dalam tandas tu, ada nampak tak bini kau. Cakaplah, dah setengah jam bini kau dalam toilet.

Terkentut masa kenduri.
Buat- buat tengah menghidu bau kentut tu sambil kau cari 'siapa yang buat'. Pastu kau tanya kat orang sebelah kau, samada dia yang buat.

Lupa tutup zip seluar
Takpe. Sambil bercekak pinggang kau berfalsafah, 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak.'

Silap tegur orang
Kau cakap kau ada hutang dengan dia sebanyak 1 ringgitlah yang paling minimum. 1 saat kemudian, dia akan mengaku dia kenal kau.


Pakai baju terbalik
Jangan cepat melatah. Kau cuma perlu cakap, 'ni memang fesyen baju nilah, Lee Min Ho pun dah try.

Juan: Laparnya harini

2 ulasan:

Unknown berkata...

bgs idea2 ni,leh pakai nnt..hahaha

Juan berkata...

Cuba, jgn tak cuba.:)