Khamis, 23 Jun 2011

Artis dan dadah

Tak ada apa yang nak disedihkan. Sebelum ni, dah banyak dah artis Barat yang mati sebab dadah. Kalau nak senarai, banyak sangat. baik lelaki atau perempuan. Okeh, malas nak taip banyak-banyak sangat. Jom kita stat dengan....

Elvis Presley-
Lebih dikenali sebagai King of Rock n Roll dan dilahirkan pada 8 Januari 1935 di Tupello, Mississippi, Amerika Syarikat. Dia aktif dalam dunia seni dari tahun 1954 hingga 1977.
        Masalah Elvis bermula selepas bercerai dengan isterinya, Priscilla, pada 1973. Badannya mula gemuk, jiwa tertekan dan kewangan merosot. Elvis cuba menanganinya dengan makan pelbagai jenis ubat serta diet yang keterlaluan untuk mendapatkan semula bentuk badannya yang menarik.
        Tetapi tindakannya hanya mengundang maut, tambah lagi dengan gaya hidup yang suka berparti hingga lewat malam. Akhirnya pada 16 Ogos 1977, Elvis ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik mandi rumahnya di Graceland, Memphias dan dishkan mati pada pukul 3.00 pagi.
         Autopsi yang dilakukan mendapati, kematiannya akibat masalah jantung berpunca daripada pengambilan dadah serta ubat-ubatan secara berlebihan, kegemukan serta jantung lemah. Ada 14 jenis dadah 
dalam darahnya, termasuk methoqualone dan codeine yang 10 kali ganda daripada dos normal, ubat penahan sakit seperti Demerol dan ubat tidur.
         Buku mengenai Elvis bertajuk What Happened? mendedahkan bagaimana dia mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Buku itu mencatatkan, Elvis sering mengalami masalah kesihatan. Untuk itu, beliau sering menggunakan ubat jenis Dexedrine. Ubat ini boleh memberikan kesegaran, mengurangkan rasa letih, mengelakkan mengantuk dan sentiasa riang serta ceria.
          Selain Dexedrine, Eldis juga mengambil dadah semasa berkhidmat dengan tentera Amerika. Ampheta-mine berbentuk kristal yang diberi nama 'ice' .Pengambilan secara berlebihan menyebabkan beliau mati.

Hugh O'connor
Pelakon drama bersiri In the Heat of the Night ini lahir di Rom, Itali. Ketika berusia 16 tahun, Hugh disahkan menghidap kanser, tetapi pulih selepas kemoterapi dan dua pembedahan .
         Malangnya selepas itu, Hugh berdepan dengan ketagihan dadah serta pengambilan ubat-ubatan yang melebihi dos yang dibenarkan. Antaranya, dadah jenis marijuana diambil bagi mengurangkan rasa mual yang sering dialaminya. Hugh pernah beberapa kali mendapatkan rawatan di pusat pemulihan tetapi gagal.
         Pada 28 Mac 1995, ketika meraikan ulangtahun ketiga perkahwinannya dengan Angela Clayton, Hugh memberitahu ayahnya bahawa dia tidak akan hidup lama. Dia tidak boleh menahan ketagihan dadah serta tidak sanggup lagi untuk menghabiskan masa di pusat pemulihan.
         Beberapa jam kemudian, Hugh menembak kepalanya sendiri menggunakan pisto. Hasil bedah siasat mendapati, terdapat kokain dalam darahnya.

Marilyn Monroe
Dilahirkan pada 1 Jun 1926 di Los Angeles California, Amerika Syarikat. Marilyn Monroe memulakan kariernya sebagai model. Selepas berjaya menjadi model terkenal, dia telah ditawarkan kontrak untuk berlakon filem di Hollywood. Dari situlah namanya mula meletup-letup.
Marilyn meninggal dunia pada 5 Ogos 1962 di rumahnya di Brentwood, Los Angeles. Bedah siasat mendapati Terdapat lapan miligram kloral-hidrat dan 4.5 peatus miligram Nembutal dalam badan beliau.
         Kematian Marilyn juga didapati berpunca daripada keracunan barbiturate yang diambil secara berlebihan. Dia juga seorang kaki botol. Bagaimanapun ada pihak yang mengaitkan kematia Marilyn dengan bunuh diri, Mafia serta Presiden Amerika, John F. Kennedy.
           Sebenarnya banyak lagi, tapi tak larat nak taip dah. Takpalah, janji ada.

Tiada ulasan: