Setiap wanita yang berumah tangga pasti mendambakan hubungan seksual yang harmonis dan penuh kehangatan. Tahap kepuasan seks seseorang wanita bukan sahaja disebabkan kegagalan lelaki memberi kepuasan akibat masalah disfungsi seksual, tetapi kerana wanita yang dikenali mempunyai hasrat yang tinggi daripada lelaki.
Ketahui tujuh sebab mengapa wanita boleh hilang keinginan seks terhadap seseorang lelaki.
1. Psikologi
Jika anda menghadapi tekanan kemurungan dan kegelisahan, perkara yang pasti terkena tempiasnya adalah hubungan seksual. Selain itu, keterlaluan memikirkan tentang bentuk tubuh sama ada terlalu gemuk, terlalu kurus, payu dara kecil, punggung yang kempis, berperut buncit dan sebagainya hingga sanggup mengkategorikan sebagai tidak seksi. perbuatan itu dapat mempengaruhi keinginan untuk melakukan hubungan seksual.
2. Komunikasi tempat tidur
Seks merupakan isu yang berkait rapat dengan kekuatan dan komunikasi. Oleh itu, jika hubungan di luar tempat tidur hambar, maka hubungan intim di tempat tidur juga akan mengalami masalah. Sekiranya ikata sesebuah pekahwinan berjalan lancar, maka kehidupan seksual jua bertambah baik, begitu juga sebaliknya.
3. Hamil
Perkara ini akan terjadi bagi setiap isteri yang hamil sehinga membuatkan suami terasa 'menderita'. Ini berikutan kerana perubahan hormon yang terjadi dalam badan mereka. Tetapi jangan risau, selepas isteri sudah melahirkan dan selesai berpantang, suami bolehlah 'bersama' isteri mereka semula.
4. Pengaruh ubat-ubatan
Wanita masa kini gemar mengambil pelbagai jenis pil, sama ada untuk tujuan kecantikan kulit wajah, menguruskan badan, pil-pil supplement dan sebagainya. Lazimnya, wanita yang berada di bawah pengaruh pil akan mengalami penurunan libido yang akan mengganggu hasrat wanita untuk melakukan hubungan seksual. Oleh itu, lakukan sesuatu agar keghairahan untuk melakukan hubungan seksual tidak kendur.
5. Penyakit berbahaya
Penyakit-penyaki kronik seperti kanser, diabetes,sakit jantung dan sebagainya turut mempengaruhi keinginan batin wanita. Tambahan pula, mereka sukar untuk mencapai tahap orgasme sepertimana yang diidamkan kerana cepat letih atau dihimpit kesakitan.
6. Terapi penyakit
Wanita yang baru menjalani pembedahan atau rawatan kemoterapi, reaksi dan mood image mereka juga akan turut berubah. Hal ini akan mendorong mereka menolak sepenuhnya hubungan seksual. Ketika ini, sokongan padu daripada suami amat diperlukan agar si isteri tidak 'patah hati'.
7. Kesakitan
Hubungan intim yang 'hebat' adalah hubungan yang selesa dan mendatangkan kepuasan. Namun, masih ada wanita yang tidak selesa dan sakit tatkala melakukan hubungan seks. Hal ini mungkin disebabkan oleh penyakit yang dihidapi ataupun 'terpaksa' melakukan hubungan intim. Kesakitan yang pernah dialami wanita tesebut akan menyebabkan trauma untuk melakukan hubungan seks sekali lag
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya, wanita jangan pula terlalu bimbang kerana masalah psikologi serta fizikal yang disenaraikan di atas kerana turut dialami oleh wanita lain serta lelaki kecuali hamil. Hehehe. Bagaimanapun, untuk mencapai keharmonian rumah tangga, soal seks boleh diatasi dengan sikap tolak ansur dan saling memahami agar segala masalah dapat diatasi dengan mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan