Cinta adalah anugerah Ilahi kepada hamba- hambanya. Cinta adalah luahan perasaan terhadap seseorang. Bahkan cinta yang berupa pengorbanan diri, empati, perhatian, dan kasih sayang. Cinta sesama manusia memerlukan usaha kerana ia tidak dapat hadir dengan sendirinya. Malah, cinta juga tidak dapat ijamin untuk selamanya.
Teguhnya sesebuah mahligai perkahwinan adalah dengan adanya rasa cinta antara suami isteri. Jika suami melafazkan segunung rasa cintanya pada anda, maka sebaiknya anda bertindak balas dengan reaksi sedemikian juga. Tapi tidak kurang juga yang terdetik di hati bahawa suami sememangnya harus dahulu mencurahkan cintanya terhadap isteri.
Mungkin pernah juga terlintas di fikiran si isteri tentang sejauhmana keyakinan anda atas kebenaran dan keteguhan cinta si suami? Mampukah si suami mencintai isterinya seperti dahulu? Persoalan ini kerap menghantui, golongan isteri terutamanya apabila bahtera rumah tangga telah dilayari sejak bertahun lamanya.
Oleh itu, berhenti bersikap pragmatik, sebaliknya giatkan usaha untuk membakar rasa cinta dalam diri suami. Biar dari sehari ke sehari, semakin bertambah cintanya kepada anda. Ikuti beberappa saranan agar para isteri dapat menyemarakkan kembali rasa cinta dalam jiwa suami.
~ Walaupun isteri masa kini tidak hanya duduk di ceruk dapur dan menguruskan rumah tangga semata-mata, mereka juga membantu suami meningkatan tahap ekonomi rumah tangga. Namun dia tidak lupa menyerahkan hidupnya seikhlas hati untuk berbakti kepada suami. Isteri sebegini mempunyai nilai yang tinggi di mata suami dan akan selalu dicintai.
~ Berusaha menjadi isteri yang tidak banyak meminta-minta, sebaliknya menerima dengan redha pemberian suami walaupun sedikit. Elakkan daripada bersikap boros dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Jika ia menjadi kesanggupan, maka cinta suami akan selalu melimpah untuk anda.
~ Kebanyakan lelaki tidak menyukai wanita yang berpenampilan keterlaluan dan sering mengenakan solekan yang tebal. Sebaliknya kesederhanaan adalah lebih menarik dan mapu memancarkan kecantikan sejati seseorang wanita. Bagaimanapun, dalam meraih cinta suami, si isteri seeloknya mengenali kecenderungan suami, adakah suami suka gaya penampilan yang mewah atau sederhana. Lakukan sebaik mungkin untuk memikat hatinya.
~ Perbezaan pendapat antara suami isteri kadang kala boleh memicu kepada berlakunya pertengkaran sama ada kecil atau besar. Oleh itu, walau apa pun yang bergejolak dalam hati anda, maka berusaha untuk menahan sabar agar kelakuan anda tidak menlukai hati si suami.
~ Walau apa jua keadaan yang dialami suami anda, pastikan anda berusah untuk setia berada di sampingnya. Bersedialah untuk hidup susah senang bersamanya. Menjadi pengingat ketika suami dilimpahi kemewahan agar dia tidak alpa dan menjadi teman ketika suami berduka.
~ Berusahalah menjadi pasangan yang menyenangkan di tempat tidur. Ramai isteri yang isteri yang berasa malu untuk bersikap 'agresif ' kerana bimbang digelar tidak menghormati suami. Oleh itu, bermula dari saat ini,
belajar cara dan teknik yang mampu menimbulkan keselesaan terhadap suami. Dari situ, anda mampu menyemarakkan lagi benih cinta walaupun perkahwinan sudah sekian lamanya usianya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan