Selasa, 13 Disember 2011

Betul ke laptop 1Malaysia free?

            Jawapannya adalah tidak. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya, anak buah aku dah terkena. Konon- kononnya freelah, last- last lain yang jadik.  Apa yang jadik? Alkisahnya,
            Satu haritu, geng yang nak bagi laptop tu pun datanglah kat sekolah dia. Janji macam- macamlah. Cakap tak yah order streamyx, maka anak buah aku tu pun setuju la. Maka aku dilanda kejelesan yang amat sangat. Sape tak suka barang free kan?
            Tapi, setelah aku bermuhasabah diri, akhirnya tahap kejelesan aku semakin berkurang. Takpelah rezeki dia, nak buat macammana?
            Beberapa bulan lepas dapat laptop tu, ada bil kononnya order stremyx, tapi  makcik(mak anak buah aku) aku dah order stremyx yang pakej pelajar. 25 ringgit macamtulah, kalau tak silap aku. Tapi datang mana bil ni? Atas nama bapak dia pulak. Sama macam nama waris yang dia tulis masa nak ambik laptop tu.
            Pastu, dia pun calllah operator streamyx, tanya sebab apa ada 2 bil padahal order sekali aje. Maka, si operator tu bagitaulah bil tu untuk bayar harga laptop tu, dan akan berlanjutan selama 2 tahun. Lupa nak bagitau, bil tu jugak berharga rm 25. Sebab tu mulanya anak buah aku tak syak apa- apa.

Moral of the stori: tak ada apa di dunia yang free.

Juan: Ada hikmahla, adik aku takdapat

Tiada ulasan: