Ahad, 31 Julai 2011

Amar Alfian Aziz pukul kekasihnya?


Baru-baru ni, Amar dikejutkan dengan  panggilan telefon daripada rakannya yang mengatakan dia memukul kekasihnya. Justeru itu, dia bangkit menjelaskan hal sebenar kepada media.



PETALING JAYA: Pelakon Ammar Alfian Aziz (gambar) menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian, Rabu.Menurut pelakon drama Dia Atilia ini, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.
“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.
“Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.
“Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar kepada mStar Online menerusi lambang sembang Facebook miliknya berhubung perkara itu di sini, Rabu.


Dia diminta mengulas kenyataan sebuah akhbar yang memetik sumber polis kononnya seorang pelakon lelaki telah menumbuk dan mencekik serta mengugut untuk membunuh kekasihnya di sebuah kondominium di Damansara dekat sini.
Laporan itu turut mendedahkan pelakon lelaki berkenaan dikatakan berang apabila kekasihnya yang juga pelakon wanita popular mendapati dia berlaku curang apabila berdua-duaan dengan wanita lain ketika datang untuk membuat kejutan di kondominium terbabit.
Ammar yang pernah membuat kontroversi mahu “membunuh” wartawan sebelum ini mengetahui laporan berkenaan ditujukan kepadanya walaupun tidak menyebut nama artis.
Tambahnya: “Sarah ada memberitahu saya bahawa wartawan ada menghubunginya dan bertanyakan tentang laporan polis berhubung kes saya memukul dan mencekiknya.
“Namun, dia menafikan perkara itu. Tetapi saya pelik juga apabila cerita seperti ini tersebar walaupun tidak betul.
“Apabila difikirkan semula, saya pernah terlibat dengan kontroversi sebelum ini dan harus belajar daripada kesilapan. Kalau dulu saya melawan tetapi tiada gunanya, jadi lebih baik saya diamkan diri sekarang walaupun perkara tersebut tidak betul.”
Selain itu, dia lebih gemar menyibukkan diri dengan latihan untuk mempersiapkan diri berlakon filem berjudul Skandal.
“Saya terpaksa menjaga badan dengan mengurangkan makan nasi kerana mungkin ada aksi melompat dan bertarung.
“Selain itu, banyak lagi perkara yang saya perlu lakukan agar dapat mengurangkan berat badan bagi mendapat badan yang lebih ringan untuk melakukan aksi tersebut,” ceritanya.



Khairul Fahmi Che Mat aka Apek putus tunang

              Khairul Fahmi putus tunang. Salah satu isu yang menjadi puncanya ialah ketidak serasian mereka serta isu Fahmi keluar berpimpinan tangan dengan wanita lain. Bawah ni adalah luahan hati Khairul Fahmi yang menyatakan bahawa dia ingin memutuskan ikatan pertunangannya antara dia dengan tunangnya, Elia.

Luahan hati Kharul Fahmi kepada wartawan Metro        

          "Saya tahu cerita mengenai saya dan wanita lain telah tersebar dalam pelbagai web dab blog. Saya ingin menjelaskan bahawa itu semua tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau 'playboy'
          Berikutan isu itu, hubungan saya dan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, apabila ia menjadi semakin teruk, Elia memberitahu saya cerita kononnya saya berjumpa dengan wanita lain sambil berpimpinan tangan.

Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Dahlia Teck
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya.
Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu, ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya, gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang daripada wartawan. Jadi, tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.
dahlia dan khairul fahmi
Khairul Fahmi dah dahlia teck mesra bersama
Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah, kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi, macam mana cerita ini boleh timbul?
Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya pula menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan serta kata-kata kesat daripada pelbagai pihak. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.
Selain itu, timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan mak cik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggi suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.
Mungkin, kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.
Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.
Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
Lagipun, masalah antara kami sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.
Ramai juga mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya, saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun, saya masih muda. Banyak perkara perlu saya pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.
Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.”

Sabtu, 30 Julai 2011

Lelaki pondan kontroversi meninggal dunia

            Baru-baru ni ada berita fasal lelaki nak tukar jantina kan? Lelaki tu nama Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, nak tukar nama jadi Aleesha Farhana. Mohd Hafiz sebagai pemetisyen telah melakukan pembedahan jantina yang bertempat di  Thailand kira- kira 2 tahun lalu selepas mendakwa cenderung kepada perwatakan seorang wanita sejak kecil lagi.

            Namun permohonannya telah ditolak yang mengakibatkannya mengalami tekanan darah rendah dan masalah jantung kerana kemurungan apabila permohonanya ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Doktor mengesahkan  Mohd Hafiz mengalami masalah jantung tidak stabil aka ' unstable angina with cardiogenic shock. Menurut bapanya Abd Aziz Ahmad, 60, jenazahnya anaknya dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor. Pasti ibu bapanya amat sedih terutama ketika urusan memandikan jenazah.
 Menurut akhbar Berita Harian:

Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam kerana mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Sabtu, 23 Julai 2011

Tips kahwin: 8 tip memilih jurusolek

        Memilih jurusolek yang berkualiti di hari persandingan kedengaran mudah dan remeh. Namun, tahukah anda kesilapan kecil memilih jurusolek yang tidak bersesuaian dan berkebolehan boleh menghancurkan impian perkahwinan pengantin tersebut? Justeru, solekan juga seharusnya menjadi perkara utama yang perlu diberi tumpuan oleh bakal raja sehari sebelum melangkah ke hari bahagia. Sebelum melangkah masuk ke butik andaman pengantin, beberapa tipberikut mungkin dapat membantu persiapan hari bahagia anda.

1. Tepati masa
Pastikan jurusolek anda seorang yang menepati masa. Jangan pula kelewatan jurusolek menyebabkan majlis pernikahan, pertunangan mahupun perkahwinan andatergendala dan hilang serinya kerana solekan terpaksa dibuat dalam keadaan tergopoh-gapah hingga menjejaskan seri wajah anda pada hari bahagia.

2. Berpengalaman
Jurusolek yang berpengalaman amat penting agar anda tampil yakin di hari persandingan. Pastikan anda melihat terlebih dahulu hasil kerja jurusolek anda, sebelum bersetuju mendapatkan khidmatnya. Lihat hasil solekan jurusolek pada wajah pengantin yang disoleknya. biasanya jurusolek akan menyediakan album wajah-wajah pengantin yang pernah disolek. Anda juga sepatutnya memastikan jurusolek pilihan anda bertugas pada hari bahagia anda jangan ditukar sesuka hati.

3. Kreatif
Pastikan jurusolek anda kreatif dan tahu cara-cara untuk menyolek dan mendandan rambut nada secantik mungkin. Jurusolek yag kreatif, tidak pernah kering idea dan tidak terkongkong dengan dengan gaya solekan lama yang biasa dan tidak menarik.

4. Teknik solekan sesuai dengan keadaan
Jurusolek pilihan anda seharusnya tahu teknik solekan yang bersesuaian dengan apa jua keadaan. Jika majlis anda dilakukan pada siang hari, pastikan jurusolek anda memilih jenis solekan yang tahan lasak, tidak mudah cair dek peluh dan tidak terlalu tebal di malam hari dan begitu juga sebaliknya.

5. Tahu teknik solekan untuk fotografi
Jurusolak yang baik seharusnya arif dengan teknik-teknik fotografi. Penggunaan cahaya lampu ketika sesi fotografi adakalanya akan menyebabkan solekan pada wajah penggantin tenggelam atau kelihatan aneh. Jangan pula anda kelihatan cantik di hari persandingan, tetapi wajah anda tampak aneh dan menakutkan di dalam foto kenangan.

6. Cuba dahulu
Anda seharusnya mencuba dahulu solekan jurusolek pilihan agar penampilan tidak kelihatan aneh dan janggal di mat anda mahupun para tetamu. Jangan kedekut untuk mengeluarkan belanja dengan mencuba pelbagai solekan di beberapa buah butik andaman. Ambil gambar, dan cuba bandingkan setipa solekan agar anda dapat membuat pilihan yang paling tepat.

7. Teknik solekan terkini
Pastikan jurusolek anda sentiasa terdedah dengan teknik tekinik solekan semasa. Sesetengah jurusolek masih terkongkong dengan teknik solekan tradisional menyebabkan pengantin yang disolek tampak lebih tua dan garang tatkala dia atas pelamin.

8. Menggunakan produk solekan yang bersesuaian
Biarpun nampak remeh, perkara ini amat penting bagi anda yang menglami masalah kulit. Dalam memilih jurusolek, anda tidak sehsrusnya hanya memikirkan kehandalannya menyolek dan mendandan, sebaliknya anda perlu memikirkan keprihatinan jurusolek terhadap kecantikan dan kesihatan wajah anda. Kenal pasti produk solekan yang digunakn terlebih dahulu sebelum mentandatangani sebarang kontrak atau perjanjian. Ingatlah jika anda tersalah memilih produk solekan, mungkin akan menjejaskan kecantikan serta kesihatan kulit anda. Mahukah anda dibebani masalah jerawat yang berpanjangan semata-mata mahu cantik di atas pelamin hanya untuk seketika?
Selamat pengantin baru.

Rabu, 20 Julai 2011

Petua memutihkan kulit muka

      Macam biasa, kita straight to the point senang cerita. Korang pun faham-fahamlah. Petuanya ialah........

1. Gunakan gel daun lidah buaya. Lumurkan 2 kali sehari. Setelah kering, bersihkan dengan air suam.

2. Parutkan lobak. pastu campur dengan telur kuning & air limau nipis. Sebatikan dan tempek pada muka selama setengah setengah jam atau lebih, basuh muka dengan air bersih.

3. Ambil sebatangdiparut isi dalamnya. campur dengan 1/2 biji limau nipis bersama bedak sejuk dipakai di muka tiap-tiap malam. Pakai sebagai masker hingga kering kemudian cuci dengan air bersih. Insyaallah kulit akan jadi putih + jerawat pun hilang.

4. Ambil setengah cawan susu tepung dan campurkan dengan 2 setengah sudu teh air bersih. Gaul hingga sebati. Pupurkan ke muka seperti mask selama lebih kurang 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2-3 kali seminggu. Insyaallah, wajah akan tampak lebih bersih, putih dan cerah.

5. Ambil sebiji ubi kentang yang telah dikupas kulitnya. Cuci bersih, potong kecil-kecil dan kisar halus. Campurkan dengan sedikit susu tepung dan gaul untuk dijadikan masker. Pupurkan ke wajah 2 kali sehari; pagi dan malam selama 10 - 15 minit. Bilas dengan air suam patu air sejuk. Lakukan 2 kali seminggu.

vespa: hamba tak adalah putih sangat. keh keh keh.

Adakah anda tahu isi hati lelaki?


So, adakah anda tahu isi hati lelaki? bagaimanakah anda boleh mengetahui apa yang lelaki fikirkan? Apakah yang terpendam di jiwa lelaki? Apakah anda sebenar-benarnya tahu kemahuan sebenar lelaki? Bagaimana pula dengan kebencian mereka?

True enough many man, makes women became 3 things… confused, confused and yes confused!

The truth …LELAKI IS VERY SIMPLE! …ISI HATI LELAKI, lagi lah mudah untuk diketahui. Tetapi ramai wanita hanya mahu memahami dengan cara mereka sendiri apabila ianya bertentangan, lalu dikatakan lelaki itu complicated!

Mana ada complicated? Lelaki is easy to understand, contoh :-

Contoh 1 : Jika lelaki kata, TAK MAHU. Jangan lah pula tanya “Mengapa tak mahu, pelik lah you ni.” – Aik? Tengok, dah buat complicated. Lelaki cakap TAK MAHU. That’s it, and that’s all…

Isi hati lelaki : Apa lagi yang nak confused? Dia tak mahu, tak suka, tak berminat… habis cerita lah. Tak ada reason lain, tak perlu pelik-pelik, just terima je, dia TAK MAHU.

Contoh 2 : Lelaki kata, “Kalau kita ada jodoh ada lah, tapi buat masa sekarang I nak fokus pada kerja I. Sekiranya you bertemu dengan lelaki yang lebih baik, I redha” – Okay, simple habis… ini adalah contoh lelaki yang cakap berlapik dan sopan serta mahu menjaga hati wanita.

Isi hati lelaki : Yang sebenar dia nak cakap, “I tak nak kat you, jadi you pergi dengan orang lain je lah!”

Contoh 3 : You syok kat mamat ni, dia okay la layan you. Pastu dia sangat rapat dengan you dan you suka sangat dengan cara dia, kemesraan dia pada you. Tetapi, dia tak pernah cakap yang dia nak kat you. Atau dia tak pernah pun bercerita tentang how he felt for you. So you beranikan diri kata you suka dia, and dia pun kata dia suka you. TAPI, you still confused, samada you dan dia ni bercinta ke?, atau akan ada percintaan ke?, atau maybe dia malu nak cakap dia berminat dengan you ke…you confused.

Isi hati lelaki – TAK PERLU CONFUSED! – Dia nak kat you dia akan cakap atau dia akan berkorban apa saja kat you. Dan dia akan jadi giler-giler nak berkepit dengan you setiap masa. Dia akan kelam kabut nak berhubung dengan you setiap hari That’s it! – Kalau dia tak cakap, that means dia tak nak kat you lah… Simple! Segala kemesraan dia hanyalah sekadar kawan biasa, of all you know, dengan all girls kenalan dia pun, dia macam tu.

Contoh 4 : Lelaki ni selalu call you, dia juga selalu ajak you keluar, makan-makan, minum-minum dan sometimes shopping. Kalau ada apa-apa masalah je sure dia akan contact you dah menceritakan segala masalah dia kat you. You become confused sangat… “Kalau betul dia ada girlfriend atau dia suka kat girl lain, pasal apa dia asyik cari aku ek?”

Isi hati lelaki – Lelaki berkawan, BUKAN hanya dengan lelaki saja. Dengan wanita pun dia boleh anggap true friend seperti kawan-kawan lelakinya jugak. Tak boleh ke? Hehe… dia suka keluar dengan you dia suka shopping dengan you, sebab dia suka tengok reaksi dari pandangan wanita, that’s it! It’s got nothing to do with feelings!

Contoh 5 : Dulu lelaki ni beriya-iya sangat menghubungi you, hari-hari call dan berpuluh sms setiap masa. Sampai rimas lak… so after a while, dia dah kurang sms, call pun dah tak ada. You pulak yang asyik call dia, you pulak yang berpuluh sms kat dia. Tu pun dia reply sekali je. Sometimes tak reply langsung. Sometimes berhari-hari atau berminggu dia senyap. You confused… “Apa salah I? Apa yang I dah buat?”

Isi hati lelaki – “It isn’t you! It’s me…hehe” – Yaa, the truth is lelaki itu sudah tidak berminat. Dulu yes berminat dan suka sangat kat you, just that maybe ada girl lain yang lebih baik, atau maybe perangai dan cara you membosankan jadi, semangat untuk bercinta dah hilang, nak call, nak sms… jauh sekali la kan. It’s that simple, …dah tak berminat, asyik bertekak, bergaduh bosan!

Contoh 6 : You rasa pelik, lelaki ni…macam biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Sekejap muncul sekejap ghaib, hilang tah kemana. Tak ke dia rindu macam you rindu kat dia? Confused! Confused!

Isi hati lelaki – RINDU, bukan tak rindu tetapi lelaki itu sudah beristeri. Atau lelaki itu sudah ada tunang atau kekasih yang cukup ketat ikatannya. Masa muncul tu, masa dia free dari ikatan tu lah. Masa hilang tu, duk dengan bini lah beb… hehe simple! ;))

Contoh 7 : Kat office ada laa seorang lelaki ni, pemalu, cute tapi juga peramah orangnya. Baik hati, sometimes siap belikan you makan dan minuman. Selalu belanja you dan kat meja dia, selalu tersenyum simpul kat you dan kalau dia ada masalah kerja dia pun selalu cari you. Padahal ramai lagi girl lain. Hati pun berkocak, jiwa pun bergelora, teruja dengan sikapnya. Adakah dia syok kat aku? Adakah dia berminat dengan aku, tapi MALU nak cakap?

Isi hati lelaki – YES, lelaki itu berminat dengan you tetapi dia juga berminat dengan girl lain juga. Kalau tidak dia sudah lama cakap, I love you WALAUPUN dia pemalu. Mungkin dia cakap melalui perbuatan. Atau pengorbanan. Since dia tak buat dan tak sanggup pun bersusah payah untuk you. Maybe he JUST BEING NICE saja 

Contoh terakhir : You sudah bercinta lama dah…lama sangat! Okay lah you tahu lah you dan dia dah kurang mesra sebab you all pun selalu sangat bergaduh! TETAPI you confused dan geram sebab tiba-tiba je dia menghilang diri lama, dan bila dah lama tu baru cakap nak berpisah. Dia tak explain pun sebab apa nak berpisah, in fact dia tinggal you gitu je, tak ada kata-kata akhir dan penjelasan, how you wish to know apa silap you dan mahu perbetulkan.

Isi hati lelaki – TAKUT! …ingat senang ke nak cakap kat girl, “Eh I nak berpisah dengan you!” Takut tau hehehe…itu yang belah gitu je tu. Pastu nak explain apa lagi…dah memang tak suka dah, takkan nak cakap kat you dia tak suka, atau dia dah bosan dengan you? nanti you melenting, menjerit dan cekik dia hahahaha…

Basically…

Kalau dia nak dia akan cakap dia nak, dia syok kat you. Kalau dia tak nak, dia tak berminat dia takkan cakap. End of story.

Kalau dia ajak dating just the two of you, ajak keluar dinner hanya berdua, ajak join group holiday, dia berminat untuk memulakan perhubungan cinta atau mengorat lah tu.

IF dia tak ajak… walau dia malu atau tidak, that means dia tak berminat. Tak perlu nak confused atau pening-pening kepala… this is all and that is it! Okay? From now on tak perlu lah nak perasan atau syok sendiri ya… all the best and good luck hunting! He he


Kredit: Mizah@bayu

Bahana Cemburu




Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

SETIAP individu tentu pernah berasa cemburu. Tidak kiralah dalam konteks perhubungan cinta antara lelaki dan wanita, keluarga atau paling tidak iri hati ketika di bangku sekolah. Meniti alam dewasa, mungkin pernah antara kita merasa cemburu dengan teman sekerja atau tertanya-tanya mengapa dirinya lebih berjaya.

Sama ada rasa cemburu akhirnya mendorong diri kita menjadi insan lebih baik atau hanyut diselubungi perasaan negatif hingga membawa kepada hasad dengki, situasi sebegini dianggap lumrah kehidupan. Rasa cemburu jika tidak dibendung lebih awal, lama kelamaan perasaan negatif yang bertunas di hati boleh meledak api emosi. Andai tidak dikawal, ia mampu mencetuskan perbalahan lebih besar. Ibarat gunung merapi yang menanti waktu untuk meletus, konflik cemburu boleh bertukar menjadi tragedi lebih dahsyat.

Faktor iri hati itu jika diselidik, tiada tembok sempadannya. Sama ada antara lelaki bersama lelaki, perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan wanita. Ada banyak sebab yang memungkinkan perasaan cemburu timbul.

Antara faktor cemburu termasuk melihat kejayaan orang lain; kebahagiaan yang mereka kecapi; kelebihan dari segi paras rupa; kenaikan pangkat; perhatian yang diberi melebihi diri sendiri dan tarikan lain yang membuatkan seseorang itu lebih menonjol.

Jika dikaji, tiada sebab untuk seseorang cemburu dengan kejayaan orang melainkan dirinya sendiri harus berusaha mengubah nasib. Jangan jadikan perasaan cemburu dan iri hati sebagai penghalang untuk terus mengejar kemajuan. Tidak salah untuk berasa cemburu ke atas kejayaan individu lain asalkan perasaan itu diselangi dengan semangat baru untuk sama-sama beroleh kejayaan.

Apabila anda dirundung rasa cemburu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah ketepikan perasaan hasad dengki yang boleh memakan diri. Sama ada dalam hubungan cinta ataupun konflik dengan rakan-rakan, pastikan anda sentiasa berfikiran positif menangani setiap isu mendatang.

Tarik nafas dalam-dalam kerana ia mampu memberi motivasi dan semangat baru untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Andai sudah redakan diri, apa kata minum air untuk memastikan diri tenang.

Jangan bangkitkan konflik, sebaliknya hindari daripada berdepan dengan individu yang anda tidak gemari. Jauhi mereka seketika bagi membolehkan anda mampu mengumpul kekuatan serta semangat baru dalam hidup.

Pilihan bersendiri seharusnya dimanfaatkan untuk berehat dan mencari sedikit ketenangan. Jika tidak mahu diri tersisih atau sunyi, sibukkanlah diri dengan bertemu sahabat lama untuk meredakan tekanan.

Dekatkan diri dengan Yang Maha Esa kerana itulah sumber kekuatan ketika berdepan situasi sukar.

Bagaimana mahu hentikan rasa cemburu

1. Ketahui punca

Tiada sebab cemburu jika kalau kita tidak tahu puncanya. Selidik mengapa anda cemburu hingga mencetuskan rasa tidak puas hati, tersinggung atau kecewa dengan orang sekeliling. Tentu ada sebab mengapa anda kecil hati.

2. Tarik nafas dalam-dalam

Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan individu yang menyinggung hati anda. Cuba jadi individu profesional walaupun ketika berdepan dengan orang yang anda sudah jelak.

3. Menangis semahunya

Tidak salah mengekspresi diri dengan menangis. Pastikan anda tidak menangis di depan ‘lawan’, sebaiknya cari waktu terbaik untuk menyendiri atau bersama dengan orang yang anda percaya. Menangis sepenuh hati mampu meredakan tekanan.

4. Berfikiran positif

Buang jauh-jauh unsur negatif dalam diri, sebaliknya kembalikan aura positif. Cuba alih rasa cemburu dengan memikirkan benda yang baik-baik. Ibarat kata orang belajarlah memujuk diri.

5. Berhenti untuk membandingkan diri anda dengan orang lain

Alamat memang tidak akan habis cemburu jika sibuk membandingkan nasib anda dengan orang lain.

6. Jangan kecewa dengan diri sendiri

Setiap orang mempunyai kelemahan diri dan belajarlah mengakui tiada siapa yang sempurna. Positif dalam diri resipi untuk kurang berasa cemburu.

7. Percaya diri

Ketepikan rasa sakit hati, lantas percaya kepada bakat dan rezeki yang mendatang. Tidak perlu menjadi orang lain atau mempunyai perasaan hasad dengki yang akhirnya memakan diri.

8. Bekerja keras

Motivasi diri dengan berazam mengubah personaliti sedia ada. Ibarat menjadi lebih baik untuk hari esok berbanding hari ini. Tumpuan berikutnya untuk menjadi insan berkualiti yang menjadi rebutan semua orang. Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.

Semoga bermanafaat.

Sumber Berita Harian

Selasa, 19 Julai 2011

6 teknik menyemarakkan kembali cinta suami

            Cinta adalah anugerah Ilahi kepada hamba- hambanya. Cinta adalah luahan perasaan terhadap seseorang. Bahkan cinta yang berupa pengorbanan diri, empati, perhatian, dan kasih sayang. Cinta sesama manusia memerlukan usaha kerana ia tidak dapat hadir dengan sendirinya. Malah, cinta juga tidak dapat ijamin untuk selamanya.
             Teguhnya sesebuah mahligai perkahwinan adalah dengan adanya rasa cinta antara suami isteri. Jika suami melafazkan segunung rasa cintanya pada anda, maka sebaiknya anda bertindak balas dengan reaksi sedemikian juga. Tapi tidak kurang juga yang terdetik di hati bahawa suami sememangnya harus dahulu mencurahkan cintanya terhadap isteri.
            Mungkin pernah juga terlintas di fikiran si isteri tentang sejauhmana keyakinan anda atas kebenaran dan keteguhan cinta si suami? Mampukah si suami mencintai isterinya seperti dahulu? Persoalan ini kerap menghantui, golongan isteri terutamanya apabila bahtera rumah tangga telah dilayari sejak bertahun lamanya.
            Oleh itu, berhenti bersikap pragmatik, sebaliknya giatkan usaha untuk membakar rasa cinta dalam diri suami. Biar dari sehari ke sehari, semakin bertambah cintanya kepada anda. Ikuti beberappa saranan agar para isteri dapat menyemarakkan kembali rasa cinta dalam jiwa suami.

~ Walaupun isteri masa kini tidak hanya duduk di ceruk dapur dan menguruskan rumah tangga semata-mata,       mereka juga membantu suami meningkatan tahap ekonomi rumah tangga. Namun dia tidak lupa menyerahkan hidupnya seikhlas hati untuk berbakti kepada suami. Isteri sebegini mempunyai nilai yang tinggi di mata suami dan akan selalu dicintai.

~ Berusaha menjadi isteri yang tidak banyak meminta-minta, sebaliknya menerima dengan redha pemberian suami walaupun sedikit. Elakkan daripada bersikap boros dalam membelanjakan nafkah yang diberikan suami. Jika ia menjadi kesanggupan, maka cinta suami akan  selalu melimpah untuk anda.

~ Kebanyakan lelaki tidak menyukai wanita yang berpenampilan keterlaluan dan sering mengenakan solekan yang tebal. Sebaliknya kesederhanaan adalah lebih menarik dan mapu memancarkan kecantikan sejati seseorang wanita. Bagaimanapun, dalam meraih cinta suami, si isteri seeloknya mengenali kecenderungan suami, adakah suami suka gaya penampilan yang mewah atau sederhana. Lakukan sebaik mungkin untuk memikat hatinya.

~ Perbezaan pendapat antara suami isteri kadang kala boleh memicu kepada berlakunya  pertengkaran sama ada kecil atau besar. Oleh itu, walau apa pun yang bergejolak dalam hati anda, maka berusaha untuk menahan sabar agar kelakuan anda tidak menlukai hati si suami.

~ Walau apa jua keadaan yang dialami suami anda, pastikan anda berusah untuk setia berada di sampingnya. Bersedialah untuk hidup susah senang bersamanya. Menjadi pengingat ketika suami dilimpahi kemewahan agar dia tidak alpa dan menjadi teman ketika suami berduka.

~ Berusahalah menjadi pasangan yang menyenangkan di tempat tidur. Ramai isteri yang isteri yang berasa malu untuk bersikap 'agresif ' kerana bimbang digelar tidak menghormati suami. Oleh itu, bermula dari saat ini,
belajar cara dan teknik yang mampu menimbulkan keselesaan terhadap suami. Dari situ, anda mampu menyemarakkan lagi benih cinta walaupun perkahwinan sudah sekian lamanya usianya.

Isnin, 18 Julai 2011

7 sebab wanita hilang selera seks

        Setiap wanita yang berumah tangga pasti mendambakan hubungan seksual yang harmonis dan penuh kehangatan. Tahap kepuasan seks seseorang wanita bukan sahaja disebabkan kegagalan lelaki memberi kepuasan akibat masalah disfungsi seksual, tetapi kerana wanita yang dikenali mempunyai hasrat yang tinggi daripada lelaki.
        Ketahui tujuh sebab mengapa wanita boleh hilang keinginan seks terhadap seseorang lelaki.

1. Psikologi
Jika anda menghadapi tekanan kemurungan dan kegelisahan, perkara yang pasti terkena tempiasnya adalah hubungan seksual. Selain itu, keterlaluan memikirkan tentang bentuk tubuh sama ada terlalu gemuk, terlalu kurus, payu dara kecil, punggung yang kempis, berperut buncit dan sebagainya hingga sanggup mengkategorikan sebagai tidak seksi. perbuatan itu dapat mempengaruhi keinginan untuk melakukan hubungan seksual.

2. Komunikasi tempat tidur
Seks merupakan isu yang berkait rapat dengan kekuatan dan komunikasi. Oleh itu, jika hubungan di luar tempat tidur hambar, maka hubungan intim di tempat tidur juga akan mengalami masalah. Sekiranya ikata sesebuah pekahwinan berjalan lancar, maka kehidupan seksual jua bertambah baik, begitu juga sebaliknya.

3. Hamil
Perkara ini akan terjadi bagi setiap isteri yang hamil sehinga membuatkan suami terasa 'menderita'. Ini berikutan kerana perubahan hormon yang terjadi dalam badan mereka. Tetapi jangan risau, selepas isteri sudah melahirkan dan selesai berpantang, suami bolehlah 'bersama' isteri mereka semula.

4. Pengaruh ubat-ubatan
Wanita masa kini gemar mengambil pelbagai jenis pil, sama ada untuk tujuan kecantikan kulit wajah, menguruskan badan, pil-pil supplement dan sebagainya. Lazimnya, wanita yang berada di bawah pengaruh pil akan mengalami penurunan libido yang akan mengganggu hasrat wanita untuk melakukan hubungan seksual. Oleh itu, lakukan sesuatu agar keghairahan untuk melakukan hubungan seksual tidak kendur.

5. Penyakit berbahaya
Penyakit-penyaki kronik seperti kanser, diabetes,sakit jantung dan sebagainya turut mempengaruhi keinginan batin wanita. Tambahan pula, mereka sukar untuk mencapai tahap orgasme sepertimana yang diidamkan kerana cepat letih atau dihimpit kesakitan.

6. Terapi penyakit
Wanita yang baru menjalani pembedahan atau rawatan kemoterapi, reaksi dan mood image mereka juga akan turut berubah. Hal ini akan mendorong mereka menolak sepenuhnya hubungan seksual. Ketika ini, sokongan padu daripada suami amat diperlukan agar si isteri tidak 'patah hati'.

7. Kesakitan
Hubungan intim yang 'hebat' adalah hubungan yang selesa dan mendatangkan kepuasan. Namun, masih ada wanita yang tidak selesa dan sakit tatkala melakukan hubungan seks. Hal ini mungkin disebabkan oleh penyakit yang dihidapi ataupun 'terpaksa' melakukan hubungan intim. Kesakitan yang pernah dialami wanita tesebut akan menyebabkan trauma untuk melakukan hubungan seks sekali lag
      ----------------------------------------------------------------------------------------------------
             Kesimpulannya, wanita jangan pula terlalu bimbang kerana masalah psikologi serta fizikal yang disenaraikan di atas kerana turut dialami oleh wanita lain serta lelaki kecuali hamil. Hehehe. Bagaimanapun, untuk mencapai keharmonian rumah tangga, soal seks boleh diatasi dengan sikap tolak ansur dan saling memahami agar segala masalah dapat diatasi dengan mudah. 

Isnin, 4 Julai 2011

Petua putihkan gigi

Tengok tajuk kat atas pun, faham-faham la hamba nak cakap apa. Jadi tengok petua kat bawah ni.

1.  Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang, then gosokkan pada gigi.
2. Goreng biji asam jawa tanpa minyak, kemudian tumbuk hingga menjadi serbuk dan gosokkan pada        gigi, amalkan selalu.
3. Bakar dua biji pinang tua yang kering hingga menjadi arang. Gosokkan pada gigi dan biarkan seketika.
    Kemudian cuci .
4. Kayu arang juga dapat digunakan untuk memutihkan gigi. Caranya, tumbuk arang hingga halus,        gosokkan pada gigi
5. Gunakan garam halus yang dicampurkan dengan ubat gigi; untuk kesannya, elakkan minum minuman
    berkafien, serta makanan yang boleh memberikan warna pada gigi.
6. Sebelum korang gosok gigi, korang gosok dulu gigi dengan serbuk penaik atau mungkin lebih dikenali
    dengan nama SODIUM BIKARBONAT terlebih dahulu. Kumur pastu boleh gosok gigi cam biasa.
    Amalkan seminggu dua tiga kali.
 
7. Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Boleh jugak guna kulit manggis
     yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan seperti ubat gigi. Insyaallah, gigi akan lebih putih
     berseri.
8.  Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kuli limau. Kulit lmau mengandungi unsur pemutih
     yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan noda karat pada gigi tanpa
     membahayakan lapisan enamel gigi.
9. Memutihkan gigi dengan daun salam sangat mudah, amik 6 helai daun tu, jemur bawah terik
    matahari, pastu ramas hingga menjadi serbuk. Tambah serbuk kulit limau. Cara menggunakan
    hanya gosok campuran daun salam dengan kulit limau setiap hari. Lhat hasilnya selepas 2 minggu.

     p.s: Try-try la kalau nak putih gigi lor. Jangan lupa kumur balik lepas guna petua no.4.