Rabu, 24 Ogos 2011

Danny X- Factor nikah 16 September ini.

            Berkenaan tajuk entri di atas, hamba mengumkan....... Danny X- Factor nak kahwin pada tarikh 16 September. Eh, macam atok pengumum tarikh raya pulak hamba ni. Hehehe. Okeh, jangan merepek. Kita teruskan ye.
Ayu seyh, tunang dia ni.
            Danny,31, telah bertunang Saidatul Fazlin Zakaria pada 20 Mac di rumah pramugari tu dekat Kampung Tersusun Tronoh Mines, Kampar.

Saya akan bernikah pada 16 September ini, sempena cuti Hari Malaysia. Majlis menyambut menantu di Pasir Mas, Kelantan akan diadakan dua minggu selepas itu manakala majlis persandingan akan diadakan awal Oktober depan," ni yang dia bagitau dekat Mangga Online.

            Danny atau nama sebenarnya Mohd Khardanie Anwa kembali aktif menyanyi apabila meneruskan perjuangan dengan Shah dan Zach. Diorang sekarang ni dah keluarkan singla terbaru yang makin diminati. Jangan pulak ada yang frust menonggeng pulak nanti.

Hamba: Harap berkekalanlah ye.
          

Nabila Huda pula nak bercerai.

            Harian Metro hari ini melaporkan yang Nabila Huda di’temui di JAWI ketika beliau hadir untuk menjalankan proses penceraian.



             “Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini,” ujar Nabila Huda.
              Anak perempuan Amy Search ini bagaimanapun tidak boleh meneruskan permohonan beliau ketika itu kerana tidak membawa sijil nikah.
              Nabila Huda juga menyatakan yang beliau pernah berharap masalah rumahtangga beliau akan berubah selepas kelahiran anak sulung mereka, Keisha. Namun harapan tinggal harapan.
              Nabila Huda & suami, Zaidi Zailani berkahwin pada hujung tahun 2008 dan mereka sudah berkenalan semenjak tahun 2000 lagi. 
HAMBA: PENING, PENING.

Isnin, 22 Ogos 2011

Azwan Ali kutuk Didie Alias cimpanzi dalam twitter


             Semua orang tahu tahu betapa pedasnya ayat azwan ali.kalau dia tak puas hati habislah orang tu di firenya dek mulut beliau. Tapi tu memang kebiasaannya dalam twitter. Ishk, Ishk, Ishk.
        Terbaru kes artis sering kali serang artis lain melalui laman twitter milik mereka.dan perkara tersebut terjadi kepada azwan ali dan didie alias selepas masing-masing membalas twitter dengan kata-kata tidak puas hati.
             kata orang mulut punya hal, badan sakit wo.dan kat bawah ni hamba akan share gambar print screen twitter mereka yang kurang enak bila dibaca. Azwan Ali telah memanggil Didie Alias sebagai “cimpanzi” di dalam Twitternya. Memang agak kasar dan agak kurang sopan tetapi itulah kenyataannya
azwan ali didie alias

Oit, belum habis lagi kelaseran mulut si Azwan ni. Baca dulu entri ni sampai habis dulu.

azwan ali didie alias
azwan ali didie aliasazwan ali didie alias
azwan ali didie alias


Kredit gambar: Beautiful nara

Ahad, 21 Ogos 2011

Pengurusan Glow & Glamour minta maaf keatas iklan seksi Nurul


Kecoh pasal iklan dari pihak Glow & Glamour mengenai promosi hari raya. Penyanyi tersohor dan juga merangkap duta kepada syarikat tersebut, Nurul di lihat bergambar seksi berlatar belakangkan suasana masjid dengan baju yang mendedahkan kulit putih mulusnya.

Isu ini mendapat perhatian kerana ia melibatkan sensitiviti agama. Tambahan pula, dalam suasana di bulan Ramadhan sesiapa saja boleh tergugat nafsunya bila melihat. Lebih bahaya boleh membuatkan puasa seseorang terbatal.

Bila di tanya kenapa perkara tersebut boleh berlaku. Ini antara jawapan yang di terima.

            'Saya sebagai duta hanya menjalankan tugas untuk promosi. Mengenai baju, masa shooting dekat greenscreen je, baju pon pakai ikut apa yang di beri. Tak tau pula akan jadi macam ni. Kepada peminat, pengkritik, penasihat, media serta blogger terima kasih sebab alert. Tapi tak payah la perbesarkan sangat isu ini. Jika di bandingkan kamu pon sama je. Menyebar gambar ni bukankah boleh di kira sebagai subhah juga tu?" ujar Nuurul.


Tambah lagi, designer Aisha (bukan nama sebenar) 

            "Kami bagi pihak designer dan wakil kepada Glow & Glamour ingin meminta maaf sesangat. Ini mungkin kesilapan teknikal semasa melakukan editing. Sebenarnya gambar church tapi sebaliknya berlaku. Tup..tup...terkeluar gambar masjid. Sebab tergesa-gesa raya pon dah tak lama, macam ni jadinya. Biasalah setiap manusia pasti lakukan kekhilafan kan? Apa-apapun kami akan cuba perbaiki keadaan ini''


HAMBA: BUKAK PUASA NI,  KORANG MAKAN APA? LALALA

Selasa, 16 Ogos 2011

Nabil dan Nazirah rancang kahwin 30 September ini.


Nabil raja lawak akan kahwin dengan Nazirah Ayub pada september 2011. Tamatlah zaman bujung Nabil yang juga merupakan juara maharaja lawak musim ke 3. Nampaknya, hubungan percintaan nabil dan nazirah memang serius sehingga nabil memutuskan bahawa nazirah akan jadi pasangan hidupnya. Jika tiada halangan, pasangan tersebut akan kahwin pada september ni. Majlis Resepsi pula akan dibuat di I-City Shah Alam pada 2 Oktober nanti.
Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip cinta, Nabil membuat pengakuan mahu mengakhiri zaman bujang apabila memilih bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia Bhd, Nazirah Ayub, 23, yang dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebagai suri hidupnya. Tahniah diucapkan kepada Nabil dan semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
Tags: bila tarikh nabil kahwin, gambar kahwin nabil dan zira, nabil nikah pada september 2011, tarikh nabil nikah

Lisa Surihani dan Yusri rancang kahwin tahun 2012 ?


SEPADAN...Yusry dan Lisa sibuk dengan kerjaya.Pengarah KRU Studios Sdn Bhd, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui hubungannya dengan aktres jelita, Lisa Surihani Mohamed, 25, semakin serius dan berharap pada suatu hari nanti akan sampai ke jenjang pelamin.
Bagaimanapun, buat masa ini mereka belum membincangkan soal perkahwinan kerana sehingga hujung tahun ini mereka sibuk dengan kerja masing-masing dan Yusry kini berada di Bangkok, Thailand.
Yusry turut menafikan laporan sebuah akhbar sebelum ini bahawa mereka akan berkahwin tahun depan.
 Beliau menjelaskan bahawa dia tidak pernah memberikan kenyataan sedemikian dan spekulasi itu mungkin kerana salah faham. “Oleh itu, saya harap semua pihak dapat memberikan kerjasama dan tidak keliru dengan pendedahan yang disiarkan baru-baru ini. “Sebaik berita itu tersiar, saya didatangi pelbagai soalan untuk pengesahan mengenainya khusus berkaitan bakal mendirikan rumah tangga dengan Lisa pada tahun depan. Namun, sehingga kini kami masih belum berbincang soal perkahwinan. “Apa yang pasti, keluarga agak terkejut dengan berita disiarkan kerana semua membaca menerusi akhbar sebelum mereka diberitahu. Justeru, saya memohon maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan tidak menyalahkan sesiapa terhadap kenyataan itu,” katanya dalam kenyataan media dikeluarkan KRU Studios, semalam.
Dalam kenyataan itu, Yusry memohon maaf terhadap kekeliruan yang berlaku.
Menurutnya, pada masa yang akan datang jika terdapat sebarang perkhabaran gembira mengenai hubungan mereka, pihak KRU Studios akan memaklumkan kepada semua media. Sementara itu, Lisa yang dihubungi Harian Metro semalam enggan memberi sebarang alasan.

Rabu, 10 Ogos 2011

Khairul Fahmi dan Dahlia Teck berpegangan tangan di Singapuara.

            Korang mesti tak lupakan pasal dia dengan bekas tunang dia kan? Apek ni sedaya upaya menafikan bahawa dia langsung tak ada relationship dengan si Dahlia ni. Tup, tup, dapat gambar diorang masa dekat singapura, Betul ke tidak, layannn.

Lagi gambar,

Gambar-gambar ni mungkin boleh menjawab persoalan yang memang aku nak kau jawab. Hohohho

Aduh, Fahmi oi. Kan kau kata tak ada hubungan langsung dengan Dahlia, ini sampai pegang-pegang tangan ni  
pehal? Kantoi dah sekarang. Apapun, takziah buat Elia. Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua ni.

Isnin, 8 Ogos 2011

Beberapa peraturan yang pasti dikuatkuasakan oleh bakal pak mentua korang



                Kepada Boyfriend anak aku, sebelum ko layak jadi menantu aku, ko tengok dulu peraturan yang memang wajib ko patuh yang memang aku siapkan khas untuk ko.

 Peraturan -1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesiapa.

 Peraturan -2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

 Peraturan- 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

 Peraturan- 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

 Peraturan -5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

 Peraturan- 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

 Peraturan -7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

 Peraturan -8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

 Peraturan -9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang 
nak tanye. Jangan main2 ngan aku.


Peraturan -10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

 Sekian.

 Yg patut kau takuti,

 Bapak Kepada Gf ko





 Ha ha ha,,,

Hamba: Camna? Korang berani ke lepas ni?

Shahir Af8 nak bersara awal untuk berdakwah


              Shahir AF8 menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.
Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.
"Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.
           "Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini," kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.
Tambahnya: "Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.
"Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).
"Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini."
Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan 'ghaib' dan gagal dihubungi oleh pihak media serta pengurusannya.
Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat.
Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika.
 Pihak mStar cuba mendapatkan Shahir dan keluarganya, namun mereka gagal dihubungi.

 Hamba: All the best.

Sabtu, 6 Ogos 2011

Noraniza Idris nak kahwin lagi

             Noraniza Idris kini suda bergelar tunang kepada seorang ustaz dari singapura yang berkhidmat sebagai bilal bebas, Jeffri Hudi, 52. Ramadan ini membawa seribu erti kerana dipertemukan jodoh dengan ustaz tersebut.
             "Memang tak sangka langsung, pada usia 43 tahun, saya kembali menjadi tunangan orang. Ingatkan tua-tua ni, dah tak laku. Rupanya- rupanya ada juga yang berkenankan saya. Kata penyanyi etnik kreatif, Norniza Idris, 43.
             "Selasa ini, saya akan mengadakan sidang akhbar mengumumkan tarikh pernikahan dan kenduri. Insya-Allah, perkahwinan itu akan dilangsungkan tahun ini juga." Katanya yang mendapat restu anak."
              Menceritakan detik pertemuan dengan bakal suaminya, jelas Noraniza, mereka bertemu pada Ramadhan tahun lalu ketika sedang melakukan kerja kebajikan di salah sebuah masjid di Johor Bahru. Noraniza bersama anak didiknya di Akademik Tatih Seni untuk menghulurkan sumbangan hasil jualan biskut raya.
              Ketika itu, dia berkata Jeffri juga turut melawat masjid berkenaan.
              "Apabila saya melihat ada orang turut berada di masjid itu, saya pu bertegur sapa. Saya banyak berbual dengan kawannya dan Jeffri hanya mendengar. Ketika saya mahu balik, barulah saya berkenalan dengan Jeffri dan memberi kad bisnes saya kepadanya."


              “Selepas tahu dia orang Singapura, saya pun beritahu, adik saya berniaga di bazar Ramadan di negara itu,” katanya yang kemudian bertanya bolehkah adiknya menghulurkan sebarang sumbangan menerusi Jeffri.


“Itulah bermulanya bicara saya dengan dia. Rupa-rupanya dia kenal saya kerana sering menonton persembahan saya di televisyen dengan ibunya. Waktu itu saya masih menjadi isteri Fareez. Dia juga suka dengar lagu saya.

“Selepas pertemuan di masjid itu, dia hubungi saya dan lama kelamaan kami jadi rapat. Saya sangat menyanjungi peribadi Jeffri, walaupun dia orang beragama tetapi dia tidak memandang rendah artis macam saya. Dia boleh ‘masuk’ dalam dunia saya. Sesetengah orang, apabila jumpa artis pasti pandang sinis dan meletakkan jurang.


             “Jeffri sangat pemalu tetapi saya selesa berkawan dengannya kerana pertuturannya lemah lembut dan tidak pernah marah. Jika dia hendak ‘tegur’, caranya sangat berhemah,” katanya.

“Hendak kata tak mahu pun (kahwin), kalau dah sampai masanya, saya terima saja ketentuan Ilahi. Selepas beberapa bulan berkawan, dia bawa saya berjumpa keluarganya di Singapura dan kemudian keluarganya datang berjumpa keluarga abang sulung saya di Masai, Johor.

“Kebetulan kisah hidup kami banyak persamaan. Justeru, kami menerima diri masing-masing seadanya kerana apa yang pernah terjadi, biar ia menjadi kenangan. Namun, kami bukan bercinta seperti orang muda. Hubungan kami atas rasa tanggungjawab, apatah lagi masing-masing ada anak.

Lalu atas persetujuan keluarga, Noraniza dan Jeffri bertunang pada 22 April lalu. 

Usop wilcha nak berhenti dari kerja asalnya

            Korang mesti kenal dia ni kan. Kalau tak kenal meh nak cerita sikit, nama sebenar dia Syed Muhammad
Asri atau juga dikenali dengan nama Shy8. Sangat popular lah dia lepas habis cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Memang mantaplah abang macho sorang ni.
Usop bersama kru Hot FM
            Okeh, sebelum ni, kerjaya asalnya adalah pengurus komunikasi korporat di syarikat Tanjung Offshore Berhad. Beliau juga sangat komited dengan kerjanya, sampaikan pernah menolak beberapa tawaran berlakon filem dan drama. Shy8 juga pernah mengeluarkan albumnya sendiri yang pernah menjadi lagu tema kempen HIV/AIDS pada tahun 1997.
           Kini, Shy8 telah menjadi penyampai di Hot FM dan beliau juga telah membuat keputusan untuk berhenti dari jawatannya di syarikat tersebut untuk menumpukan perhatian dalam bidang seni dan juga sebagai penyampai radio.
           Shy8 juga mengakui akan risiko yang bakal dihadapi jika melepaskan jawatan tersebut. Menurutnya:

             " Saya tahu ia adalah risiko melepaskan jawatan yang menjanjikan pendapatan tetap, tetapi keputusan ini diambil selepasberbincang dengan keluarga."

Hamba: Bila artis sudah hilang 'umph' dan semakin   dipinggirkan, nanti susah nak cari makan. Ia bukan indah
seperti yang disangka-sangka.                

Lagi putus tunang : Ally Iskandar & Nur Aishah Zainal

            Sori la kepada semua pembaca, sebab lambat hupdate sikit. Ada hal yang hamba nak settlekan berpunca daripada kawan hamba sendiri, adoyai. Takdo keje, cari keje. Nasib, nasib. Ishk, apalah yang hamba merepek sorang-sorang. Ok, berbalik kepada tajuk asal; Ally Iskandar, pengacara, putus tunang. Musim ni memang musim putus tunang ke?
           Betullah kata orang, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Ally Iskandar akhirnya membuat pengakuan bahawa dia sudah putus tunang dengan Nur Aishah Zainal pada 30 Julai yang lalu. Namun, perpisahan mereka bukanlah disebabkan orang ketiga atau dilanda krisis besar tetapi antara mereka tiada keserasian.

Pertunangan mereka kini tinggal kenangan
                 'Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan.Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik.'

Takziah kepada kedua-duanya. Moga-moga dipertemukan jodoh dengan cepat dan semoga mereka akan kekal menjadi kawan. Doakan untuk mereka.

Hamba: Seriau rasanya bila nak nikah, huhuhuhu.

Khamis, 4 Ogos 2011

Lelaki melamar teman wanitanya semasa wartawan sedang buat 'liveshot'

            Selamat berpuasalah, kepada semua umat islam. Dan kepada readers Vespa, keep reading yo. Nak tanya sikit kepada yang telah berkahwin, bertunang, atau sedang tunggu pinangan si teruna, sebelum si lelaki tadi menjadi milik anda, camna di propose anda untuk menjadi suri di hatinya? Kalau dia tak, propose, tak pe. Bukan mati pun kan? Kalau nak tahu keromantisan apabila dipropose, Boleh usya link dekat bawah ni.
                                                                                                                                                                              http://news.yahoo.com/video/kansascitykmbc-18211647/man-proposes-during-reporter-s-liveshot-26166970.html

Amacam, best tak. Kalaulah hamba pun dapat.........

Penampakan or apa-apa aje dekat jalan di switzerland

            Semalam, hamba blogwalking jap. Jalan punya jalan, ternampaklah satu gambo ni. Pelik pun ada la jugak. Sikit je. Agak menariklah untuk pedajal kawan-kawan korang yang memang  paranoid dengan gambar-gambar yang pelik. Jom, kita usya sikit.



Okeh, dah tengok kan? Kalau nak lebih jelas lagi. korang tengok dekat google map. Caranya, camni:

-Bukak Google maps~ www.maps.google.com
-Pastu, search nombor ni, 47.110579,9.227568  dekat kotak 'search'nya
-Klik arrow warna hijau dalam peta, then. klik 'street view'
-Alihkan gambar ke arah langit, dan lihat apa yang ada.

Hamba: Rasanya, google tersilap kot. Tapi, sekali tengok, macam citer dragonball. Hohoho

Selasa, 2 Ogos 2011

Norman KRU komen kelemahan atlet negara

             Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim menganggap kebanyakan atlet Malaysia tiada kekuatan minda apabila menyertai perlawanan sukan walaupun mempunyai persediaan fizikal yang kuat.
Menurut Norman, kelemahan tersebut membuatkan atlet negara mudah kalah dan tersungkur apabila berdepan dengan kesukaran ketika sedang berlawan
            "Berdasarkan apa yang saya lihat, atlet kita sudah bersedia dari segi kekuatan fizikal.
"Tapi sayangnya, bila dah nak kalah, mereka terus hilang fokus sedangkan ketika itu mereka perlu bangkit dan lawan sehabis mungkin walaupun tinggal beberapa minit lagi untuk tamat sesebuah perlawanan yang disertai," katanya pada Seminar Personaliti Unggul untuk para atlet anjuran Majlis Sukan Negara (MSN), di sini, Selasa.
           Tambah Norman, dia memberikan contoh pasukan bola sepak negara yang kini semakin kuat menentang setiap negara lawan, tetapi terus hilang fokus apabila pihak lawan memberikan jaringan gol.
Para atlet yang hadir ke seminar majlis sukan negara (MSN)
      Pada seminar tersebut, Norman bersama pelakon Rosyam Nor telah memberikan petua kepada atlet-atlet negara untuk menaikkan semangat dan menyuntik pemikiran positif dalam persediaan mengharungi Sukan Sea ke-26 yang akan berlangsung di Jakarta pada November depan.
Tambah Norman, para atlet juga perlu diberikan lebih banyak seminar agar dapat menguatkan mental selain fizikal.
            "Sebenarnya antara atlet sukan dan artis, kerja kami tidak banyak berbeza kerana masing-masing melalui proses tekanan prestasi, harapan yang menggunung daripada rakyat dan persediaan kerja.
            "Kerana itu, agak mudah untuk saya dan Rosyam berkongsi pengalaman kami mengenai persediaan dalam melalui setiap jatuh bangun kami sebagai selebriti," katanya.
Sementara itu, kata Rosyam pula, para atlet juga perlu mempunyai pengetahuan am menerusi pembacaan akhbar agar mudah berkomunikasi dengan pihak luar termasuklah media yang menemu bual mereka.
             "Saya lihat, atlet di luar negara begitu positif ketika menjawab setiap soalan yang ditanya oleh pihak media manakala atlet kita agak segan dan masih lagi ada perasaan malu ketika bercakap.
            "Contohilah Datuk Nicole David, kerana dia bijak bermain dengan kata-kata ketika menjawab soalan. Saya harap, di masa akan datang ini, atlet kita lebih yakin berdepan dengan orang ramai kerana ia juga amat penting ketika melalui perlawanan yang dijalankan masing-masing.