"Memang tak sangka langsung, pada usia 43 tahun, saya kembali menjadi tunangan orang. Ingatkan tua-tua ni, dah tak laku. Rupanya- rupanya ada juga yang berkenankan saya. Kata penyanyi etnik kreatif, Norniza Idris, 43.
"Selasa ini, saya akan mengadakan sidang akhbar mengumumkan tarikh pernikahan dan kenduri. Insya-Allah, perkahwinan itu akan dilangsungkan tahun ini juga." Katanya yang mendapat restu anak."
Menceritakan detik pertemuan dengan bakal suaminya, jelas Noraniza, mereka bertemu pada Ramadhan tahun lalu ketika sedang melakukan kerja kebajikan di salah sebuah masjid di Johor Bahru. Noraniza bersama anak didiknya di Akademik Tatih Seni untuk menghulurkan sumbangan hasil jualan biskut raya.
Ketika itu, dia berkata Jeffri juga turut melawat masjid berkenaan.
"Apabila saya melihat ada orang turut berada di masjid itu, saya pu bertegur sapa. Saya banyak berbual dengan kawannya dan Jeffri hanya mendengar. Ketika saya mahu balik, barulah saya berkenalan dengan Jeffri dan memberi kad bisnes saya kepadanya."
“Selepas tahu dia orang Singapura, saya pun beritahu, adik saya berniaga di bazar Ramadan di negara itu,” katanya yang kemudian bertanya bolehkah adiknya menghulurkan sebarang sumbangan menerusi Jeffri.
“Itulah bermulanya bicara saya dengan dia. Rupa-rupanya dia kenal saya kerana sering menonton persembahan saya di televisyen dengan ibunya. Waktu itu saya masih menjadi isteri Fareez. Dia juga suka dengar lagu saya.
“Selepas pertemuan di masjid itu, dia hubungi saya dan lama kelamaan kami jadi rapat. Saya sangat menyanjungi peribadi Jeffri, walaupun dia orang beragama tetapi dia tidak memandang rendah artis macam saya. Dia boleh ‘masuk’ dalam dunia saya. Sesetengah orang, apabila jumpa artis pasti pandang sinis dan meletakkan jurang.
“Jeffri sangat pemalu tetapi saya selesa berkawan dengannya kerana pertuturannya lemah lembut dan tidak pernah marah. Jika dia hendak ‘tegur’, caranya sangat berhemah,” katanya.
“Hendak kata tak mahu pun (kahwin), kalau dah sampai masanya, saya terima saja ketentuan Ilahi. Selepas beberapa bulan berkawan, dia bawa saya berjumpa keluarganya di Singapura dan kemudian keluarganya datang berjumpa keluarga abang sulung saya di Masai, Johor.
“Kebetulan kisah hidup kami banyak persamaan. Justeru, kami menerima diri masing-masing seadanya kerana apa yang pernah terjadi, biar ia menjadi kenangan. Namun, kami bukan bercinta seperti orang muda. Hubungan kami atas rasa tanggungjawab, apatah lagi masing-masing ada anak.
Lalu atas persetujuan keluarga, Noraniza dan Jeffri bertunang pada 22 April lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan