Isnin, 17 Oktober 2011

Shuib dan Jep tak tahan dengan kontroversi Mamat

            Dek kerana tak tahan dengan perangai Mamat, Jep dan Shuib telah menubuhkan satu kumpulan tanpa penglibatan si Mamat bernama, Sepahtu (Sepah two)
            Menurut Jep
      "Saya tidak mahu nama Sepah dipalit dengan kontroversi. Yang membawa nama Sepah ni kami bertiga, jadi apabila ada kontroversi, saya dan Shuib yang tak ada kena mengena pun terkena tempiasnya. Saya nak buat nama Sepah tu jadi besar dan bersih daripada kontroversi kerana kammi orang kampung, tak tahu apa-apa. Kontroversi dicetuskan mengaibkan nama kami, menenggelamkan nama Sepah.
      Kami tak mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya bersama Shuib cuba mempelbagaikan bakat yang diberi, tiba-tiba apabila baca akhbar keesokan hari, kami ni yang tak tahu apa-apa, disajikan dengan cerita Mamat dengan Adda, Mamat dengan Fida. Kontroversi itu tidak membabitkan Mamat seorang diri, tapi tempias terkena pada nama Sepah.
       Sekarang kami dikenali dengan Sepahtu, kalau ada kontroversi lagi selepas ni, biar nama Sepah saja yang dikaitkan, kami dah tak ada kena mengena. Itu adalah sebab utama saya menubuhkan kumpulan ni."
                 Menurut Shuib, dia dah banyak kali tegur Mamat, tapi sama jugak.

JUAN: Hah,tu lah kau Mamat tak nak dengar cakap, kan dah kena

Jumaat, 7 Oktober 2011

Mamat dan Fida putus cinta

            Baru-baru ni, Fida telah dicemari dengan kontroversi di mana Mamat telah dengan tidak sengaja terupload gambar Fida tidak bertudung. Lihat entri ni: Gambar fida tak bertudung

           Apakah isu tu yang jadi penyebab diorang putus?

“Ya, memang isu gambar tersebut adalah antara faktor utama Fida ingin berpisah, tapi ada juga faktor lain yang harus diambil kira. Sebagai seorang manusia, setiap orang pasti akan melakukan kesilapan. Biarlah Fida tumpukan perhatian kepada keluarga dan karier terlebih dahulu.”


             Katanya, keputusan ni dibuat tanpa pengetahuan Mamat dan Fida berharap agar dia boleh memahami.



“Kami bukanlah pasangan suami isteri dan saya buat keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Lagipun kami berdua masih mentah lagi dalam bidang hiburan. Karier kami masih jauh lagi. Fida harap, Mamat faham dengan keputusan Fida.
“Sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan tidak terkawal, lebih baik Fida putuskan sendiri hubungan ini.” ujar Fida .
Tambahnya lagi,
“Fida berharap, satu hari nanti jika kami ditakdirkan bekerjasama untuk filem atau drama, kami berdua boleh bekerja secara profesional dan tidak melibatkan masalah peribadi,”


JUAN: Statement kau ni macam nak salahkan Mamat sorang je. Aku tengok kau macam merelakan je dia tangkap gambar kau '-'.

Khamis, 6 Oktober 2011

Sape suka menda free? Angkat tangan

Gambo ni, aku kutip kat gugel je.
            Memang aku tak nafikan yang aku memang suka menda freebies ni. Korang pun, aku rasa mesti suka jugak kan? Alah, mesti punyalah. Kalau yang tak suka tu, mungkin harta makbapak dia memang banyak.
            Lagi satu ni, apa reaksi korang bila dapat benda free? Excited, blur ataupun korang tak rasa pape. Kalau akulah, nak bagi aku excited gila-gila, kau kena bawak aku round satu dunia dua puluh kali (material gila kau ni).
            Ok, kesimpulan yang aku boleh buat kat sini, orang yang normal adalah orang yang suka menda free.*ye ke?
Kau ni memandai je.


JUAN: Harini aku betul-betul takde idea nak   tulis  apa. Idea, meh la sini.

Rabu, 5 Oktober 2011

Amanda Imani jawab isu gaun seksi

             Isu baju seksi Amanda Imani yang telah disebarkan melalui blog telah mengejutkan penyanyi muda dengan bakat nyanyian jazz itu. Baju itu dipakai di majlis resepsi Norman Hakim dan Memey Suhaiza.
             Baju tu, kalau tok aku tengok aku tengok, bukan setakat ternganga, boleh terbaring, terpengsan pastu terkoma terus. Baju ni, kalau bagai aku, dah sama naik dengan baju si Miera Liyana. Apa tu? Yang nampak sikit je.
         
 Amanda ni ada la jugak menafikan dakwaan pihak tertentu yang dia ni suka pakai seksa seksi


“Ramai lagi orang yang pakai lebih seksi daripada saya. Saya rasa pakaian itu lebih modest berbanding yang lain.

“Sebelum ini pun, saya pernah menerima teguran yang sama walaupun pakaian itu bertutup. Mungkin, bentuk tubuh kurniaan tuhan ini yang membuatkan saya kelihatan seksi di mata orang ramai,” Katanya.

                Plus, Amanda ni jugak menolak pendapat orang ramai yang personaliti dia ni seakan-akan  seorang selebriti ni. Korang mesti tahu sape kan?

“Kami berdua mempunyai personaliti berlainan. Dia seorang pelakon, manakala saya seorang penyanyi. Masing-masing mempunyai tuntutan kerja yang berbeza.
“Saya tak akan pakai gaun yang keterlaluan sehingga menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya. Saya perlu menjaga hati keluarga juga. Andai kata kalau ada acara yang mengikut tema, saya akan lebih berhati-hati selepas ini.”
“Saya meminta maaf andai kata ada pihak yang terguris dengan cara pemakaian ini. Saya harap pihak berkenaan dapat memberikan kritikan yang membina agar saya dapat perbaiki diri ini di masa akan datang,”

JUAN: Bentuk tubuh kurniaan tuhan tu, kalau ditutup, takdelah seksi di mata orang kan?

Isnin, 3 Oktober 2011

Segmen Ayu; Bloglist Tinta Pena



Okeh, dah siap tempek. Kalau korang nak join klik sini. Tapi AWAS, penyertaan akan tamat harini ( 3 Oktober) pukul 11: 59 malam. Ngee

JUAN: Join sudah...


                                     Sudah tutup

Zarina Ann Julie putus tunang

             Masin betul mulut haters si Zarina yang mana diorang cakap pertunangan ni takkan bertahan lama. Tengok- tengok betullah, baru 3 bulan dah putus. Sebabnya, Zarina cakap bekas tunang dia tak hormat keluarga dia. Zarina ni sempat jugaklah nasihatkan wanita-wanita kat luar sana supaya tinggalkan lelaki cenggitu.

JUAN: Nasib baik tak kahwin lagi, kalau tak cerailah jawabnya

Ahad, 2 Oktober 2011

(Gambar) Ifa Raziah seksi di majlis resepsi Norman Hakim dan Memey



Seghupo macam artis hollywood pulak aku tengok gambar si Ifa Raziah. Sorry la, gambar aku censor sikit. Korang budak baik kan?

JUAN: Ishl.ishk, ishk