Isnin, 17 Oktober 2011

Shuib dan Jep tak tahan dengan kontroversi Mamat

            Dek kerana tak tahan dengan perangai Mamat, Jep dan Shuib telah menubuhkan satu kumpulan tanpa penglibatan si Mamat bernama, Sepahtu (Sepah two)
            Menurut Jep
      "Saya tidak mahu nama Sepah dipalit dengan kontroversi. Yang membawa nama Sepah ni kami bertiga, jadi apabila ada kontroversi, saya dan Shuib yang tak ada kena mengena pun terkena tempiasnya. Saya nak buat nama Sepah tu jadi besar dan bersih daripada kontroversi kerana kammi orang kampung, tak tahu apa-apa. Kontroversi dicetuskan mengaibkan nama kami, menenggelamkan nama Sepah.
      Kami tak mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya bersama Shuib cuba mempelbagaikan bakat yang diberi, tiba-tiba apabila baca akhbar keesokan hari, kami ni yang tak tahu apa-apa, disajikan dengan cerita Mamat dengan Adda, Mamat dengan Fida. Kontroversi itu tidak membabitkan Mamat seorang diri, tapi tempias terkena pada nama Sepah.
       Sekarang kami dikenali dengan Sepahtu, kalau ada kontroversi lagi selepas ni, biar nama Sepah saja yang dikaitkan, kami dah tak ada kena mengena. Itu adalah sebab utama saya menubuhkan kumpulan ni."
                 Menurut Shuib, dia dah banyak kali tegur Mamat, tapi sama jugak.

JUAN: Hah,tu lah kau Mamat tak nak dengar cakap, kan dah kena

2 ulasan:

shamyheart berkata...

suka sepah dari dulu lagi.. sekarang ni sokong sepahtu.

mamat kena la serius dalam kerja

Juan berkata...

nasib la die, nak tunjuk terer