Rabu, 14 Disember 2011

Cara cover malu paling ideal

            Apa kau buat bila malu? Marah orang yang gelakkan kau? Tak payah susah- susah. Ikut je cara ni.

Air liur tumpah masa tidur
Mesti ada orang yang akan gelakkan kau. Takpe, kau keluarkan lagi banyak air liur. Pastu buat- buat sawan. Sure lepas ni diorang tak berani

Jatuh daripada bas
Kau pusing belakang, pastu cakap ' woi, apa tolak- tolak ni.' Padahal bukan ada orang yang tolak kau pun.

Tersilap masuk tandas perempuan
Jangan gelabah. Kau terus buat muka bimbang, pastu buat- buat tanya sesape yang ada dalam tandas tu, ada nampak tak bini kau. Cakaplah, dah setengah jam bini kau dalam toilet.

Terkentut masa kenduri.
Buat- buat tengah menghidu bau kentut tu sambil kau cari 'siapa yang buat'. Pastu kau tanya kat orang sebelah kau, samada dia yang buat.

Lupa tutup zip seluar
Takpe. Sambil bercekak pinggang kau berfalsafah, 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak.'

Silap tegur orang
Kau cakap kau ada hutang dengan dia sebanyak 1 ringgitlah yang paling minimum. 1 saat kemudian, dia akan mengaku dia kenal kau.


Pakai baju terbalik
Jangan cepat melatah. Kau cuma perlu cakap, 'ni memang fesyen baju nilah, Lee Min Ho pun dah try.

Juan: Laparnya harini

Selasa, 13 Disember 2011

Betul ke laptop 1Malaysia free?

            Jawapannya adalah tidak. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya, anak buah aku dah terkena. Konon- kononnya freelah, last- last lain yang jadik.  Apa yang jadik? Alkisahnya,
            Satu haritu, geng yang nak bagi laptop tu pun datanglah kat sekolah dia. Janji macam- macamlah. Cakap tak yah order streamyx, maka anak buah aku tu pun setuju la. Maka aku dilanda kejelesan yang amat sangat. Sape tak suka barang free kan?
            Tapi, setelah aku bermuhasabah diri, akhirnya tahap kejelesan aku semakin berkurang. Takpelah rezeki dia, nak buat macammana?
            Beberapa bulan lepas dapat laptop tu, ada bil kononnya order stremyx, tapi  makcik(mak anak buah aku) aku dah order stremyx yang pakej pelajar. 25 ringgit macamtulah, kalau tak silap aku. Tapi datang mana bil ni? Atas nama bapak dia pulak. Sama macam nama waris yang dia tulis masa nak ambik laptop tu.
            Pastu, dia pun calllah operator streamyx, tanya sebab apa ada 2 bil padahal order sekali aje. Maka, si operator tu bagitaulah bil tu untuk bayar harga laptop tu, dan akan berlanjutan selama 2 tahun. Lupa nak bagitau, bil tu jugak berharga rm 25. Sebab tu mulanya anak buah aku tak syak apa- apa.

Moral of the stori: tak ada apa di dunia yang free.

Juan: Ada hikmahla, adik aku takdapat

Sabtu, 10 Disember 2011

Jangan galak sangat

            Apesal dengan tajuk diatas? Ni la yang aku nak tazkirah sikit. Baca sampai habis, korang ni bukannya boleh, part halaqah, terus tido. Ok, cuba kau tengok, senarai entri yang selalu ditengok(jangan pening), paling atas sekali apa? Tengokla sendiri. Kepada yang berfikiran yang agak kebiru-biruan sikit, sori man. Blog aku, sedaya upaya menutup segala apa yang perlu ditutup ok.

           Kepada kaum lelaki, perempuan sekali, kalau kau berniat nak tengok benda yang sama waktu dengan apa yang aku bebelkan, tak yahle. Nanti otak korang jadi otak ikan emas. Apa kena mengena ikan emas dalam tazkirah kita pada harini, try check fakta pasal ikan tu.

Lagi satu, tundukkan nafsu kau daripada menda-menda camtu. Nanti dah kawin, tengoklah bini kau puas-puas, Dapat pahala lagi.


JUAN: Kalau dah tak tahan sangat, rendam kepala korang dalam air longkang. Ini saranan khas dari aku, Jangan ikut tau. Serius ni.

Bila budak sekolah berebut-rebut buat blog?

            Budak sekolah buat blog? Ntahle, yang selalu aku usya kat blog diorang, salalu citer pasal kawan, awek macam macam-macam lagi. Yang paling tak tahan sekali, geng pompuan guna blog sebagai tempat kutuk orang.  Memang nak kena luku betul. Contohnye

"uoallzz, harini i nak citer sket. ada minah dekat skolah i ni, sot....set..."


Fuh, terserlah kegedikannya di situ. Lagipun diorang ni kebanyakan buat blog mesti tinggal punyalah, sebab tada IDEA.  Baca tu, aku tulis besar punya. Kepada mereka yang terasa dengan apa yang aku cakap ni serta berniat nak report abuse kat blog aku, no comment lah gue.

JUAN: Eka, jangan marah tau.