Baju tu, kalau tok aku tengok aku tengok, bukan setakat ternganga, boleh terbaring, terpengsan pastu terkoma terus. Baju ni, kalau bagai aku, dah sama naik dengan baju si Miera Liyana. Apa tu? Yang nampak sikit je.
Amanda ni ada la jugak menafikan dakwaan pihak tertentu yang dia ni suka pakai
“Ramai lagi orang yang pakai lebih seksi daripada saya. Saya rasa pakaian itu lebih modest berbanding yang lain.
“Sebelum ini pun, saya pernah menerima teguran yang sama walaupun pakaian itu bertutup. Mungkin, bentuk tubuh kurniaan tuhan ini yang membuatkan saya kelihatan seksi di mata orang ramai,” Katanya.
Plus, Amanda ni jugak menolak pendapat orang ramai yang personaliti dia ni seakan-akan seorang selebriti ni. Korang mesti tahu sape kan?
“Saya tak akan pakai gaun yang keterlaluan sehingga menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya. Saya perlu menjaga hati keluarga juga. Andai kata kalau ada acara yang mengikut tema, saya akan lebih berhati-hati selepas ini.”
“Saya meminta maaf andai kata ada pihak yang terguris dengan cara pemakaian ini. Saya harap pihak berkenaan dapat memberikan kritikan yang membina agar saya dapat perbaiki diri ini di masa akan datang,”
JUAN: Bentuk tubuh kurniaan tuhan tu, kalau ditutup, takdelah seksi di mata orang kan?
4 ulasan:
ni yang masa pergi wedding memey ke?
Ha'ah. terjolok lubang mata aku
dah buat baru nak minta maaf..sebelum buat kenapa tak fikir dulu
anak muda zaman sekarang.... '-'
Catat Ulasan