Rabu, 14 Disember 2011

Cara cover malu paling ideal

            Apa kau buat bila malu? Marah orang yang gelakkan kau? Tak payah susah- susah. Ikut je cara ni.

Air liur tumpah masa tidur
Mesti ada orang yang akan gelakkan kau. Takpe, kau keluarkan lagi banyak air liur. Pastu buat- buat sawan. Sure lepas ni diorang tak berani

Jatuh daripada bas
Kau pusing belakang, pastu cakap ' woi, apa tolak- tolak ni.' Padahal bukan ada orang yang tolak kau pun.

Tersilap masuk tandas perempuan
Jangan gelabah. Kau terus buat muka bimbang, pastu buat- buat tanya sesape yang ada dalam tandas tu, ada nampak tak bini kau. Cakaplah, dah setengah jam bini kau dalam toilet.

Terkentut masa kenduri.
Buat- buat tengah menghidu bau kentut tu sambil kau cari 'siapa yang buat'. Pastu kau tanya kat orang sebelah kau, samada dia yang buat.

Lupa tutup zip seluar
Takpe. Sambil bercekak pinggang kau berfalsafah, 'biar rosak zip, jangan rosak akhlak.'

Silap tegur orang
Kau cakap kau ada hutang dengan dia sebanyak 1 ringgitlah yang paling minimum. 1 saat kemudian, dia akan mengaku dia kenal kau.


Pakai baju terbalik
Jangan cepat melatah. Kau cuma perlu cakap, 'ni memang fesyen baju nilah, Lee Min Ho pun dah try.

Juan: Laparnya harini

Selasa, 13 Disember 2011

Betul ke laptop 1Malaysia free?

            Jawapannya adalah tidak. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebabnya, anak buah aku dah terkena. Konon- kononnya freelah, last- last lain yang jadik.  Apa yang jadik? Alkisahnya,
            Satu haritu, geng yang nak bagi laptop tu pun datanglah kat sekolah dia. Janji macam- macamlah. Cakap tak yah order streamyx, maka anak buah aku tu pun setuju la. Maka aku dilanda kejelesan yang amat sangat. Sape tak suka barang free kan?
            Tapi, setelah aku bermuhasabah diri, akhirnya tahap kejelesan aku semakin berkurang. Takpelah rezeki dia, nak buat macammana?
            Beberapa bulan lepas dapat laptop tu, ada bil kononnya order stremyx, tapi  makcik(mak anak buah aku) aku dah order stremyx yang pakej pelajar. 25 ringgit macamtulah, kalau tak silap aku. Tapi datang mana bil ni? Atas nama bapak dia pulak. Sama macam nama waris yang dia tulis masa nak ambik laptop tu.
            Pastu, dia pun calllah operator streamyx, tanya sebab apa ada 2 bil padahal order sekali aje. Maka, si operator tu bagitaulah bil tu untuk bayar harga laptop tu, dan akan berlanjutan selama 2 tahun. Lupa nak bagitau, bil tu jugak berharga rm 25. Sebab tu mulanya anak buah aku tak syak apa- apa.

Moral of the stori: tak ada apa di dunia yang free.

Juan: Ada hikmahla, adik aku takdapat

Sabtu, 10 Disember 2011

Jangan galak sangat

            Apesal dengan tajuk diatas? Ni la yang aku nak tazkirah sikit. Baca sampai habis, korang ni bukannya boleh, part halaqah, terus tido. Ok, cuba kau tengok, senarai entri yang selalu ditengok(jangan pening), paling atas sekali apa? Tengokla sendiri. Kepada yang berfikiran yang agak kebiru-biruan sikit, sori man. Blog aku, sedaya upaya menutup segala apa yang perlu ditutup ok.

           Kepada kaum lelaki, perempuan sekali, kalau kau berniat nak tengok benda yang sama waktu dengan apa yang aku bebelkan, tak yahle. Nanti otak korang jadi otak ikan emas. Apa kena mengena ikan emas dalam tazkirah kita pada harini, try check fakta pasal ikan tu.

Lagi satu, tundukkan nafsu kau daripada menda-menda camtu. Nanti dah kawin, tengoklah bini kau puas-puas, Dapat pahala lagi.


JUAN: Kalau dah tak tahan sangat, rendam kepala korang dalam air longkang. Ini saranan khas dari aku, Jangan ikut tau. Serius ni.

Bila budak sekolah berebut-rebut buat blog?

            Budak sekolah buat blog? Ntahle, yang selalu aku usya kat blog diorang, salalu citer pasal kawan, awek macam macam-macam lagi. Yang paling tak tahan sekali, geng pompuan guna blog sebagai tempat kutuk orang.  Memang nak kena luku betul. Contohnye

"uoallzz, harini i nak citer sket. ada minah dekat skolah i ni, sot....set..."


Fuh, terserlah kegedikannya di situ. Lagipun diorang ni kebanyakan buat blog mesti tinggal punyalah, sebab tada IDEA.  Baca tu, aku tulis besar punya. Kepada mereka yang terasa dengan apa yang aku cakap ni serta berniat nak report abuse kat blog aku, no comment lah gue.

JUAN: Eka, jangan marah tau.

Khamis, 10 November 2011

I'm backkkkk, arghhh




           Huh, lama jugak aku kena tahan ngan mak aku. Puasa internet. Fuh, engko bayangkan, sebulan aku tak bukak menda ni. FB lagilah.. Apa sebabnya, renung-renungkan dan selamat beramal. Ngee. Layan gambar atok sorang ni
JUAN: Atok sape aku tak tau, tapi..... Hensem bangattt

Isnin, 17 Oktober 2011

Shuib dan Jep tak tahan dengan kontroversi Mamat

            Dek kerana tak tahan dengan perangai Mamat, Jep dan Shuib telah menubuhkan satu kumpulan tanpa penglibatan si Mamat bernama, Sepahtu (Sepah two)
            Menurut Jep
      "Saya tidak mahu nama Sepah dipalit dengan kontroversi. Yang membawa nama Sepah ni kami bertiga, jadi apabila ada kontroversi, saya dan Shuib yang tak ada kena mengena pun terkena tempiasnya. Saya nak buat nama Sepah tu jadi besar dan bersih daripada kontroversi kerana kammi orang kampung, tak tahu apa-apa. Kontroversi dicetuskan mengaibkan nama kami, menenggelamkan nama Sepah.
      Kami tak mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya bersama Shuib cuba mempelbagaikan bakat yang diberi, tiba-tiba apabila baca akhbar keesokan hari, kami ni yang tak tahu apa-apa, disajikan dengan cerita Mamat dengan Adda, Mamat dengan Fida. Kontroversi itu tidak membabitkan Mamat seorang diri, tapi tempias terkena pada nama Sepah.
       Sekarang kami dikenali dengan Sepahtu, kalau ada kontroversi lagi selepas ni, biar nama Sepah saja yang dikaitkan, kami dah tak ada kena mengena. Itu adalah sebab utama saya menubuhkan kumpulan ni."
                 Menurut Shuib, dia dah banyak kali tegur Mamat, tapi sama jugak.

JUAN: Hah,tu lah kau Mamat tak nak dengar cakap, kan dah kena

Jumaat, 7 Oktober 2011

Mamat dan Fida putus cinta

            Baru-baru ni, Fida telah dicemari dengan kontroversi di mana Mamat telah dengan tidak sengaja terupload gambar Fida tidak bertudung. Lihat entri ni: Gambar fida tak bertudung

           Apakah isu tu yang jadi penyebab diorang putus?

“Ya, memang isu gambar tersebut adalah antara faktor utama Fida ingin berpisah, tapi ada juga faktor lain yang harus diambil kira. Sebagai seorang manusia, setiap orang pasti akan melakukan kesilapan. Biarlah Fida tumpukan perhatian kepada keluarga dan karier terlebih dahulu.”


             Katanya, keputusan ni dibuat tanpa pengetahuan Mamat dan Fida berharap agar dia boleh memahami.



“Kami bukanlah pasangan suami isteri dan saya buat keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Lagipun kami berdua masih mentah lagi dalam bidang hiburan. Karier kami masih jauh lagi. Fida harap, Mamat faham dengan keputusan Fida.
“Sebelum keadaan menjadi lebih teruk dan tidak terkawal, lebih baik Fida putuskan sendiri hubungan ini.” ujar Fida .
Tambahnya lagi,
“Fida berharap, satu hari nanti jika kami ditakdirkan bekerjasama untuk filem atau drama, kami berdua boleh bekerja secara profesional dan tidak melibatkan masalah peribadi,”


JUAN: Statement kau ni macam nak salahkan Mamat sorang je. Aku tengok kau macam merelakan je dia tangkap gambar kau '-'.

Khamis, 6 Oktober 2011

Sape suka menda free? Angkat tangan

Gambo ni, aku kutip kat gugel je.
            Memang aku tak nafikan yang aku memang suka menda freebies ni. Korang pun, aku rasa mesti suka jugak kan? Alah, mesti punyalah. Kalau yang tak suka tu, mungkin harta makbapak dia memang banyak.
            Lagi satu ni, apa reaksi korang bila dapat benda free? Excited, blur ataupun korang tak rasa pape. Kalau akulah, nak bagi aku excited gila-gila, kau kena bawak aku round satu dunia dua puluh kali (material gila kau ni).
            Ok, kesimpulan yang aku boleh buat kat sini, orang yang normal adalah orang yang suka menda free.*ye ke?
Kau ni memandai je.


JUAN: Harini aku betul-betul takde idea nak   tulis  apa. Idea, meh la sini.

Rabu, 5 Oktober 2011

Amanda Imani jawab isu gaun seksi

             Isu baju seksi Amanda Imani yang telah disebarkan melalui blog telah mengejutkan penyanyi muda dengan bakat nyanyian jazz itu. Baju itu dipakai di majlis resepsi Norman Hakim dan Memey Suhaiza.
             Baju tu, kalau tok aku tengok aku tengok, bukan setakat ternganga, boleh terbaring, terpengsan pastu terkoma terus. Baju ni, kalau bagai aku, dah sama naik dengan baju si Miera Liyana. Apa tu? Yang nampak sikit je.
         
 Amanda ni ada la jugak menafikan dakwaan pihak tertentu yang dia ni suka pakai seksa seksi


“Ramai lagi orang yang pakai lebih seksi daripada saya. Saya rasa pakaian itu lebih modest berbanding yang lain.

“Sebelum ini pun, saya pernah menerima teguran yang sama walaupun pakaian itu bertutup. Mungkin, bentuk tubuh kurniaan tuhan ini yang membuatkan saya kelihatan seksi di mata orang ramai,” Katanya.

                Plus, Amanda ni jugak menolak pendapat orang ramai yang personaliti dia ni seakan-akan  seorang selebriti ni. Korang mesti tahu sape kan?

“Kami berdua mempunyai personaliti berlainan. Dia seorang pelakon, manakala saya seorang penyanyi. Masing-masing mempunyai tuntutan kerja yang berbeza.
“Saya tak akan pakai gaun yang keterlaluan sehingga menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya. Saya perlu menjaga hati keluarga juga. Andai kata kalau ada acara yang mengikut tema, saya akan lebih berhati-hati selepas ini.”
“Saya meminta maaf andai kata ada pihak yang terguris dengan cara pemakaian ini. Saya harap pihak berkenaan dapat memberikan kritikan yang membina agar saya dapat perbaiki diri ini di masa akan datang,”

JUAN: Bentuk tubuh kurniaan tuhan tu, kalau ditutup, takdelah seksi di mata orang kan?

Isnin, 3 Oktober 2011

Segmen Ayu; Bloglist Tinta Pena



Okeh, dah siap tempek. Kalau korang nak join klik sini. Tapi AWAS, penyertaan akan tamat harini ( 3 Oktober) pukul 11: 59 malam. Ngee

JUAN: Join sudah...


                                     Sudah tutup

Zarina Ann Julie putus tunang

             Masin betul mulut haters si Zarina yang mana diorang cakap pertunangan ni takkan bertahan lama. Tengok- tengok betullah, baru 3 bulan dah putus. Sebabnya, Zarina cakap bekas tunang dia tak hormat keluarga dia. Zarina ni sempat jugaklah nasihatkan wanita-wanita kat luar sana supaya tinggalkan lelaki cenggitu.

JUAN: Nasib baik tak kahwin lagi, kalau tak cerailah jawabnya

Ahad, 2 Oktober 2011

(Gambar) Ifa Raziah seksi di majlis resepsi Norman Hakim dan Memey



Seghupo macam artis hollywood pulak aku tengok gambar si Ifa Raziah. Sorry la, gambar aku censor sikit. Korang budak baik kan?

JUAN: Ishl.ishk, ishk

Jumaat, 30 September 2011

Jom join bloglist ini blog bui

          Assalamualaikum, seperti yang korang baca diatas, aku nakla masuk bloglist kak bui. Sebab kenapa aku nak join adalah blog dia lawa la wei. Kaler hijau lagi. Nak join klik header hijau tu.


Kalau nak join kena cepat, sebab tarikh tutup dia: hari Jumaat 30.9.2011 jam 11:59 malam
Seperti yang ditaip oleh kak bui:  permohonan lepas tu mungkin tidak akan dilayan..cehhh..ganas..hehe

JUAN: Jom join cepat...


                                                  Penyertaan sudah ditutup

Rabu, 28 September 2011

Azwan Ali kata chimpanzi dekat siapa tu?

            Berikutan kelmarin, aku ada buat entri pasal AA kan? Harini, ada lagi. Aku check dekat twitter dia, fuh... . Mengata orang chimpanzi sakan. Siapa yang dikatanya tu, aku tak tau la.







JUAN: Terkelu lidah den....

Isnin, 26 September 2011

Apa nak jadi dengan Azwan Ali dan Didie Alias(gaduh lagi)

            Kalau tak harini aku takde idea nak tulis apa, dan jugak disebabkan mak aku masak cendawan goreng lagilah aku malas. Tapi dengan tiba- tibanya aku ternampak dekat twitter/home aku.......

Baca lagilah...
Ada lagi...

Harini punya.Ni bukan yang dulu punya tau. 

JUAN: Balik balik gaduh. Adoi.


Ahad, 25 September 2011

Norman hakim kantoi tak bayar hutang dekat Abby Abadi

            Kahwin dah pun Norman dengan Memey ni. Harapan seperti selalulah kalau artis kahwin ni mesti nak berkekalan kan, betul tak? Berbalik pada tajuk yang asal, kenapa aku kata Norman tak bayar lagi hutang dia dekat Abby Abadi. Nilah sebabnya.


 Aku tak nak tuduh sesapepun yang publish sebab aku tak nak cari gaduh ok. Wallahualam.

JUAN: Yang ni aku tak pastilah Abby sendiri ke atau admin fanpage tu yang tulis.

Jumaat, 23 September 2011

Kenapa aku suka makan dekat restoran nasi kandar

            Kau jangan tanya kenapa aku suka sebab aku nak bagitau kaulah ni. Cer sabar jap. Aku suka makan bukan sebab alu tangkap cintan dengan staf dia tau. Diulang, aku tak tangkap cintan dengan staf dia tau. Sebab-sebabnya adalah.

1. Kalau aku order sepinggan macam makan dua pinggan lagi-lagi kalau order ayam tandoori. Fuh, belehak 2, 3 kali. Tapi kalau aku makan dekat restoran tomyam ke seafood ke, alahai udang seketul je. Ayam dia punyalah susah nak carik walaupun aku order yang 2 orang makan punya. Pastu mamat sebelah asyik dok usya aku sebab aku sorang je tapi order untuk 2 orang. Punyalah dugaan.

2. Aku makan banyak camna pun, orang takkan tengok pelik punyalah sebab standardlah nasik kandar. Kuantiti dia banyak. Baru puas makan. Pastu, kadang-kadang mamak ni baiklah pulak dengan aku sampai belanja nasi bungkus. Lagilah aku suka.

3. Kalau aku nak keluar makan dengan family mesti bapak aku belanja aku makan nasik kandar punyalah. Kau tau sebab apa? Sebab family aku ramai, kalau aku pergi makan dekat restoran tomyam, alamatnya aku tokak tulang aje. Sebab mahal+ sikit. Kau gile ke nak makan dekat situ. Nanti, hujung bulan aku makan pasir jelah.

4. Kebanyakan restoran mamak mesti bukak 24 jam punyalah. Jadi, aku bolehla singgah kedai diorang walaupun waktu tu pukul 4.30 pagi. Hoi, aku tak merayau- rayau tau. Adik aku yang suruh.

4. Hah, aku tak larat nak pikir banyak-banyak. Kau pikirlah sendirik.

JUAN: Harini aku makan lauk sardin. Jimat