Khamis, 30 Jun 2011

Kenapa perempuan gedik?

Hamba pun tak berapa nak faham dengan budak-budak yang memegang title di atas tu. Heih, kalau tak pakai tudung tu, hamba faham sangatlah, tapi yang hamba tengok, ishk, ishk, ishk. Nak tau sebab, kena baca. Semua sebab menyebab ni hamba rasa common dan sangat releven dengan bebudak tu. Renung-renungkan,jeng, jeng, jeng......


1- Nak tarik perhatian orang lain.
biasanya perempuan menggedik sebab nak dapatkan perhatian.cubalah tengok kalau diorang tiba-tiba je buat suara gedik diorang tu,confirm semua orang pandangserongpelik.thats why,diorang jadi gedik.

2- Nak cairkan hati lelaki.
eii.. betul ke ni?haha.ni apa yang hamba jumpa kat forum tadi la.lelaki cair ke tengok perempuan gedik?lalalalalala..bahaya ni.kena jaga bf betul-betul ni.eh,apa yang aku mengarut ni.hoho.selalunya perempuan gedik memang suka menggedik bila nampak lelaki hensem.apakah?

3- Diorang rasa diri diorang tu HOT.
perasan tak,selalunya kan..yang gedik-gedik ni semuanya jenis perasan cantik,perasan lawa,perasan bagus..diorang pun ada geng-geng yang tersendiri.tapi takde la macam geng bas sekolah tu.bila dah ada geng sendiri,majoriti dalam kalangan diorang ni semuanya stok gedik-gedik.

4- Terlebih manja.
terlebih manja pun boleh jadi gedik?aiseyman..terpaksa la kawal sikit sifat manja tu.nanti orang salah tafsir pulak terus je jadi gedik.biasa la kalau dah manja sangat,mula la sifat gedik tu datang.dan selalunya,siapa yang ikut je perangai manja diorang ni,boleh jugaklah 'terlebih manja' tu terjadi.

5- Memang sifat semulajadi dia kot.
ok.yang ni pendapat yang hamba jumpa kat forum tadi.memang perempuan ni dicipta untuk jadi gedik la.kalau tak gedik banyak,gedik sikit je.ada yang terlebih-lebih gediknya sampai orang lain pun meluat dan menyampah nak tengok.

6- Faktor persekitaran.
apa kena-mengenanya perempuan gedik dengan faktor persekitaran.eh,ada la.kalau tak buat apa hamba penat-penat menaip.meh sini, hamba bagi contoh.perempuan gedik bila semua orang sekeliling dia semuanya jenis yang happy-go-lucky,selamba,manja.so,secara tak langsung mulalah kegedikan tu datang.semua perempuan gedik ni happy-go-lucky je aku tengok.diorang bukannya ambik port sangat pasal orang lain.ya tak ?

7- Perempuan gedik sebab lelaki tak gedik.
haa.. ni hamba punya statement la.perempuan gedik sebab lelaki tak gedik.wahai lelaki-lelaki di luar sana, hamba nak tanya ni.. korang gedik ke?haha.kalau gedik tu maybe hormon dia lebih kepada hormon perempuan kot.oopps!terlebih sudah.

terjumpa kat forum tadi,ada yang kata ella gedik.

cukup 7 je la ek.. kalau nak cerita pasal kenapa perempuan gedik ni sampai bila pun tak habis, tapi kan.. yang selalu mengata perempuan gedik ni gedik jugak.wakaka!betul ke? Entah la.terima je lah diorang dengan seadanya, kalau diorang nak gedik pun, malas hamba nak melayan doh.

Selasa, 28 Jun 2011

5 Perkara Yang Kau Perlukan Untuk Download Movie, game, etc

Update 21/3/2011: Baca entri ini kalau ada masalah dengan file WinRar, ZipFile dan .001 dan perkara perkara basic yang kau perlu tahu kalau men-download - 5 Perkara Yang Kau Perlukan Untuk Download Movie


Aku nak share 5 websites yang aku selalu pergi untuk download movie. Kalau orang Malaysia sebut sedut movie.keh keh keh. Tak kira lah latest ke old school punya movie ke, kalau pandai search mesti jumpa kan. Ouh. Ini semua direct download. Aku bukan lah pencinta torrentyang sejati.keh keh keh.

Maka yang pakai broadband macam aku ni, aku tak sarankan download pakai direct. Kalau nak sangat download pergi CC download. Jimat bandwidth beb.kah kah kah. Ok. Stop merepek. Karang jadi entri ke laut.keh keh keh


01. Warez-BB
Forum ni dah jadi top list aku kalau aku nak cari movie ke apa. Kalau dead link, mesti cepat je link tu renew kepada yang baru. Cepat dan efisien.keh keh keh. Download link yang selalu ada Rapidshare, Megaupload dan HotFile. Tapi forum ni kena register dulu lah baru boleh dapatkan link download untuk movie tu. Games yang macam Diner dash, Sally Spa etc etc itu semua pun ada. Full. No trial. Member dalam forum tu dah crack awal-awal untuk kasi semua orang download. Dan zero virus.

02. Mediafire4u
Kat website ni hanya ada link download dari Mediafire sahaja. Siapa tak sayang Mediafire. Server laju kalau nak sedut tapi ikut time gak kadang-kadang. Website ni hanya kasi movie untuk disedut. Kepada yang peminat fanatik Hindustan. Korang boleh jumpa movie Hindi kat sini gak. Nak request movie? Tinggalkan movie apa kau nak kat shoutbox website tu.

03. Teh Paradox
Ini satu lagi forum yang sediakan link untuk download. Kena register gak baru boleh merasai kenikmatan senarai list movie yang ada dalam tu.kah kah kah. Aku jarang pergi kat forum ni sebab selalunya movie yang aku nak dah ada kat Warez-BB. Kalau tak ada baru search kat sini. Ouh. Sama macam forum Warez-BB. Download link yang selalu ada kat sana Rapidshare, Megaupload dan HotFile.

Itu antara port aku untuk search movie omputih.keh keh keh. Yang kat bawah ni port untuk cari movie malaysia dan movie omputih sekali.

04. Aku Muzik Hampa
05. Syok.org

Announcement : Untuk senarai website lain, sini aku dah senaraikan semuanya dari koleksi aku sendiri. Harap dapat membantu dalam download movie ye! Yang aku senaraikan bukan terhad kepada movie sahaja. Asian drama dan TV Series pun include tahu! Semuanya boleh view sini :http://tinypaste.com/5b48fe

Sebenarnya, banyak lagi website download dalam bookmark aku. Tapi yang 5 ni je aku rasa paling ok setakat ini. Korang lak selalu cari movie kat mana? Ke beli yang original je? LOL

Kredit: amoi rojak

Ahad, 26 Jun 2011

Maher Zain

          Hamba baru balik dari Giant, tapi macam-macam jadi. Hei, tangan sesetengah bebudak cam apa ntah. Ada ke patut, lekat chwinggam(gula-gula getah daa) atas kerusi yang orang bagi? Muka macam nak minak penampor. Hish, apape jelah dengan budak tu.
      Sekarang ni kita nak cerita fasal penyanyi sorang ni, Maher Zain nama dia. Siapa tak kenal, meh sini hamba nak tanya satu soalan. "Engkau ni dah berapa tahun tak tengok tv?". Jangan marah ya, gurau je. Okeh, tak nak gelak-gelak dah. Hamba ada dua berita nak cerita; pertama, dia dah ada album terbaru dengan kawan dia, alah, yang nama Irfan Makki tu. Tajuk lagu tu: i believe. Kalu nak dengar, ada kat bawah ni.

     
   Berita ke dua, beliau akan gi dekat Amma, Jordan, 14 Julai ni. Tak tau dia nak buat apa.  Buat konsert kut. Tak palah, lain kali meh la singgah lagi sekali kat Malaysia, Heheheee. Jom kita dengar lagu ni sama-sama. Kalau dah abis layan lagu tu, tengok kat bawah ni pulak. Ni lagu kegemaran hamba.


Kalau nak download lagu-lagu ni boley jenguk kat 4shared ka,apa ka. Suka hati korang.

Sabtu, 25 Jun 2011

Rahsia menundukkan EGO lelaki

Contoh kes:
        Aza benar-benar geram dengan sikap suaminya, Mohammad. Berkali-kali dia menasihatkan Mohammad supaya menjaga kesihatan, jaga pemakanan dan selalu bersenam. Tetapi suaminya buat tidak endah dan selalu mendabik dada dengan mengatakan dia tidak pernah jatuh sakit. Datuknya meninggal dunia pada usia melebihi angka 100 tahun. Ayahnya masih sihat walau usia hampir mencecah 90 tahun.
        Semalam Mohammad pengsan ketika hendak mengerjakan solat Maghrib. Dan baru sebentar tadi doktor mengesahkan, dia menghidapi sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan gout. Yang membuatkan Aza geram , setiap kali tetamu datang, Mohammad sibuk memberitahu tentang penyakitnya dan nasihat yang diberikan doktor. Bahkan dia sibuk memberitahu Aza, pantang-larangnya dalam makanan dan sibuk mengajak isterinya pergi membeli pakaian sukan apabila dia keluar wad nanti.
        Dalam hati Aza, alangkah baiknya jika Mohammad mendengar nasihatnya sejak dulu lagi. Mungkin keadaan suaminya tidak seteruk sekarang. Namun apakan daya, Aza hanya mampu melurut dada.

Anda mugkin pernah berhadapan dengan situasi yang dialami Aza yang kadang-kadang membuatkan anda bengang sedikit. Hendak melawan, Nanti tidak cium bau syurga pulak. Tetapi hendak dibiarkan, sakit mata dan sakit hati melihat kelakuan dan sikap suami.
         Lelaki memang terkenal dengam sikap egonya. Untuk menundukkan ego mereka, bukan suatu hal yang mudah. Kebanyakan lelaki menganggap mereka bukan ego tetapi itulah maruah mereka. Dan prinsip lelaki, pantang maruah mereka tercabar!
         Apabila menyebut soal ego, ramai wanita mengeluh. Tidak mampu dan tidak tahandengan sikap ego seorang lelaki yang bergelar suami.
         Namun, kalau hati wanita dikatakan sekeras kerak nasi, demikian juga halnya dengan kaum lelaki. Walaupun tidak sekeras kerak nasi, ia masih tetap boleh dilembutkan. Bagaimana caranya?
         Inilah rahsia yang patut diketahui oleh kaum wanita, khususnya yang bergelar isteri atau bakal isteri. 10 tip ini elok anda ketahui.

1. Tawan hati ibunya
Lelaki yan berpekerti mulia, sangat menghormati ibunya walaupun dia bukan 'anak emak'. Walaupun, kadang-kadang sikap itu tidak ditunjukkan,tetapi dia mudah terpengaruh dengan apa yang dikatakan ibunya. Jadi, apabila anda teah menjadi menantu kesayangan ibunya, sudah pasti kasih sayang dan rasa hormatnya terhadap anda sentiasa mendalam. Dan dalam situasi ini, anda boleh menjadikan mentua sebagai orang tengah jika anda menghadapi masalah dengan suami anda.


2. Itulah lelaki.
Apapun alasan dan apa pun keadaan, antara lelaki dan wanita, tetap berbeza. Baik dari segi percakapan, tindakan, dari segi pemikian, apatah lagi fizikal, semuanya tidak sama. Jadi jangan sesekali anda mempunyai pemikiran atau mengeluh mengatakan; " Mengapa suami saya tidak faham perasaan saya?", "Kenapa lelaki suka buat begitu dan begini?" Bukan lelaki tidak ada perasaan atau tidak sensitif, tetapi perasaan dan sensitiviti mereka tidak sama dengan wanita. Mengapa? Sebab mereka tu kan lelaki.

3. Beri apa yang dia mahu.
Itulah lelaki, dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan kebanyakan lelaki. Kuasa dan seks. Sejarah membuktikan, ramai lelaki hebat yang jatuh tersungkur akibat seorang wanita.

4. Ikat perutnya.
Sebijak dan sehebat mana pun anda, anda mestilah pandai mengikat perut suami. Sediakan sajian mengkut cita rasa suami bukannya anak-anak. Mungkin anda tidak bijak di dapur, tetapi itu bukanlah alasannya. Orang tua-tua selalu berpesan kalau tidak pandai kena belajar. Kalau tidak tahu, kena bertanya. Jadikan ibu mentua sebagai guru. Tidak rugi anda memasak makanan yang digemari suami. Apabila anda mampu mengikat perut suami, Insya-Allah, mana-mana pun dia berada, anda tetap berada di hatinya.

5.. Tidak suka dikritik.
Pantang lelaki dikritik, apa lagi dikritik oleh isteri. Mereka akan merasa maruah mereka jatuh. Dan pantang lelaki ialah sesuatu yang melibatkan maruah. Jadi, anda kena bijak menegur suami. Jaga dari segi tutur kata, nada percakapan, dan suasana. Dan yang penting, jangan ketika dia tegang ataupun di khalayak orang ramai.

6. Jangan suka mengungkit.
Tidak dinafikan, ramai lelaki yang 'naik' atau berjaya kerana dorongan isteri. Mungkin ada suatu ketika, anda merasa suami anda telah lupa dengan apa yang anda telah berikan atau pengorbanan anda terhadapnnya. Dan apabila dia sudah pergi terlalu jauh, anda perlu 'menariknya' kembali ke landasan. Anda boleh ungkit kembali sejarah silam, tetapi hanya sekali dan dalam suasana yang amat tenang,agar dia tidak merasa anda mengungkit

7. Tanggungjawab dan kesannya.
Sebenarnya tanggungjawab isteri terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia semakin maju. Begitu juga dengan suami. Selagi anda menjalankan tanggungjawab seperti yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau sedikit pun. Allah akan menempatkan anda di pihak yang benar. Yang penting keikhlasan dan sentiasa ingatkan Allah.

8. Penampilan menawan.
Mugkin suami tidak pernah berkata apa-apa dan tidak pernah mengambil kisah, tetapi awas, jangan ambil kesempatan atas situasi ini. Sekalipun anda seorang suri rumah, jagalah penampilan diri, terutamanya ketika suami hendak ke tempat kerja. Bayangkan di rumah dia berhadapan dengan isteri yang cuma berbatik sarung, kepala berserkup(hanya memakai anak tudung), bibir pucat, dan badan dengan bermaca-macam bau. Sedangkan diluar, dia berhadapan dengan wanita cantik dan meggoda. Sebaik mana pun suami anda, anda jangan lupa.... dia adalah seorang lelaki!

9. Jadi pendengar setia
Tidak pernah dinafikan, tugas isteri memang tidak ada sudahnya. Apa lagi jika seorang isteri yang berkerjaya. Namun tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Luangkanlah sedikit masa untuk si sia. Sekalipun anda tidak mampu menyelesaikannya, tetapi cukuplah sekadar menjadi seorang pendengar yang setia.

10. Cari kebaikan, bukan kelemahan.
Selalunya kalau senang marah, kesalahan orang itulah yang akan dilihat. Hilang segala kebaikan. Ini adalah satu kesilapan yang besar. Selagi manusia bernama manusia, pasti akan ada kesalahan. Sentiasalah bermuhasbah diri, dan carilah kebaikannya. 

Jumaat, 24 Jun 2011

Hamil akibat dipatuk ular?

Sehingga kini belum ada sesiapa yang dapat memadamkam rekod ibu termuda yang dipegang oleh Lina Medina. Lina melahirkan bayinya pada hari ibu 14 Mei 1939. Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital di Peru melalui pembedahan

Lina Medina bersama anaknya,Gerardo dan
doktor yang menjaganya, Dr. Gerardo Lozada.


Bagaimanakah Lina- anak kepada seorang petani miskin yang tinggal di Paurage, Pergunungan Andreas, peru- boleh menjadi ibu pada usia semuda itu? Ibu bapa kanak-kanak itu mengaitkan kejadian itu dengan kepercayaan kuno masyarakatnya. Donna Loza percaya bahawa anaknya hamil setelah dipatuk oleh seekor ular dari alam ghaib. Kononnya ular itu mematuk Lina untuk memberikannya kuasa supernatural.
         Sementara tu, bapa lina pula percaya, anaknya mandi di 'kolam kelahiran' yang terletak tidak jauh daripada rumah mereka.
          Benarkah begitu?
          Pemeriksaan doktor mendapti, kehamilan Lina itu berkait rapat dengan penyakit 'cepat tua' yang dihidapinya. Ujian perubatan dan keterangan yang diberikan oleh ibu bapanya mendapati, Lina mula didatangi haid seawal usia usia lapan bulan manakala bulu ari-ari dan payudaranya pula mula tumbuh ketika berumur empat tahun.
          Persolan penting; siapa yang menghamilkan Lina? Sehingga kini tiada siapa tahu kerana Lina juga 'merahsiakannya'. Dikatakan juga, Lina tidak sapat menjelaskan perkara itu, kerana ketika kejadian, Lina masih terlalu muda untuk memahami 'punca-punca dia hamil dan siapa yang melakukannya'.
          Bapa Lina telah ditahan polis kerana disyaki memperkosa anak perempuannya itu,tetapi dibebaskan kerana kekurangan bukti.
          Pada 1940, Lina dihantar ke  Chicago, Amerika Syarikat untuk merawat penyakit cepat tuanya itu. Beliau kini menetap di Lima. Anak lelaki Lina meninggal dunia pada 1979, ketika berusia 40 tahun.

Tak nak, tapi dapat jugak

Ni, nak cerita pasal satu kisah tentang sorang pompuan yang apa saja benda yang dia tak mahu mesti dapat. Huh, malang betoi. Nak dijadikan cerita.....
         Amir ni ada seorang kakak tunggal bernama Zaiton. Daripada lima adik beradik, hanya Zaitun seorang sahaja anak perempuan. Jadi, Zaiton selalu sangat disakat oleh abangnya, Bakar dan Atan. Ada-ada saja perkara yang diusik hinggakan Zaiton melenting tak tentu pasal.
         "Ayah, tengok Zaiton ni. Dia bukan memasak. Tapi, asyik berdengkur aja kat dapur," beritahu Bakar pada ayahnya.
         Apabila mendengar kata Bakar,si ayah yang berada di tanah terus menjerit memarahi Zaiton.
         "Etonnnnnn! Tak habis-habis tidur!!" Jerit bapanya.                                                                        Teruklah Zaiton dileteri ayahnya. Zaiton pulak terkebil-kebil tidak tahu-menahu apa yang dijeritkan si bapa.
         Bakar pula ketawa terkekeh-kekeh kerana berjaya mengenakan adiknya. Bakar dan seorang lagi adiknya, Atan , memang tak boleh tengok Zaiton duduk diam, ada saja yang nak dikenakan.
         Zaiton mula angin satu badan. Matanya bulat memandang Bakar yang tidak henti-henti ketawa. "Sah! ni memang kerja Bakar," kata Zaiton yang sedang memasak.
         Tiba waktu makan, Bakarlah yang banyak cakap. "Wah, mentang-mentang la garam murah, Eton taruk satu lori dalam gulai ya! Patutlah gulai Eton sedap," usik Bakar sambil menyuap nasi.
         Yalah, tengok ikan goreng pun nampak hitam aja. Macam ikan mati terbakar," sampuk Atan. Bakar dan Atan ketawa lagi.
         Selain Bakar, Zaiton juga bengang dengan Atan. Zaiton tidak sukakan Atan kerana adiknya yang seorang ini, pemalas!
         Bila Zaiton menyuruh adiknya si Atan mencari kayu api, Atan selalu mengelak. Puas disuruh, tapi Atan selalu buat derk. Ada-ada aja alasannya.
          Bila Bakar dapat tahu, dia menghasut Atan supaya jangan pergi cari kayu api. Lagi menyiraplah darah Zaiton.
          "Bukan Atan tak nak buat, tapi tak elok kak suruh budak-budak buat kerja berat, nanti cepat mati," jawab Atan tersengih.
          Bakar dan Atan pula hanya tersengih-sengih. Mereka terkebil-kebil melihat Zaiton yang tengah meradang.
          Esoknya, semasa Zaiton sedang membasuh baju, Bakar dan Atan kenakan Zaiton lagi. "Hai! basuh baju ke buat baju? Lama betul dalam bilik air," usik Atan sambil menuggu di pintu bilik air.
         Zaiton yang sedang membasuh naik berang. Rasa hendak dicekik-cekik aja si Atan. Tapi, apa nak buat, dah macam tu fiil Atan.
         Zaiton tidak ada peluang hendak berehat. Bila dilihat dek budak berdua yang Zaiton sedang dengar radio, Bakar dan Atan menyakat lagi. Zaiton yang sedang melayan lagu kegemarannya tersentak apabila terdengar siaran Tamil, lepastu tu bertukar pulak siaran Cina. Mendidih darah Zaiton bila dikacau oleh Bakar dan Atan.
         Bila Zaiton marah, Bakar dan Atan cepat-cepat memujuk.
         "Janganlah marah kak,kalau kak muka masam tak lawa tau," pujuk si Atan. Zaiton yang sedang menggelegak terus tersenyum.
          "Tapi kalau muka akak tak masam lagi tak lawa....Kah!kah!kah! Sambung Atan sambil tergelak besar.
          Pernah suatu hari, Bakar dan Atan mengendap Zaiton yang baru selesai solat. selesai solat, mereka terdengar Zaiton berdoa.
          "Ya Allah, kalau Engkau hendak pertemukan jodoh, janganlah bagi nama Bakar dan Atan. Sebab aku tak suka kedua-dua nama itu," doa Zaiton.
          Bakar dan Atan yang terdengar doa Zaiton terus ketawa terbahak-bahak. Sampai begitu sekali bencinya Zaiton pada mereka berdoa.
          Masa berlalu! Zaiton mula meningkat remaja. Tibalah masa si ayah mencarikan jodoh untuk anak gadisnya.
          Suatu hari, datanglah suatu rombongan meminang Zaiton. Tapi dia sendiri tidak tahu siapa bakal suaminya. Sebab segala urusan diserahkan 100 peratus pada keluarganya.
          Selepas rombongan meminang balik. Semua ahli keluarga berkumpul. Bakar dan Atan tidak sabar ingin tahu siapa bakal suami Zaiton
         Apa nama tunang Zaiton, ayah? 
Bila ditanya, si ayah hanya tersengih.
         "Nama budak tu  Bakar," beritahu si ayah perlahan.
         Kah! kah! kah!
         Riuh-rendah adik beradik Zaiton ketawa. Masing-masing tergelak sakan. Paling kuat, Bakar dan Atan. Sampai berguling-guling atas lantai. Meleleh air mata Bakar bila dengar bakal adik iparnya. Muka Zaiton merah padam menahan geram!
         "Hah! Dulu benci sangat nama Bakar! Sekarang dapat suami nama Bakar! Isy! Isy! Isy!," sindir Bakar sambil tergelak besar.
         Tidak lama selepas bertunang, Zaitan selamat diijabkabulkan. Zaiton dan Bakar menjadi suami isteri yang sah walaupun Zaiton memang menyampah dengan nama Bakar. Tapi, apa nak buat, dah jodoh.
         Sebulan berlalu, suatu hari mentua Zaiton berkunjung ke rumahnya besannya. Hari itu, kedua-dua pihak rancak bercerita.
         Sedang asyik berbual, mentua Zaiton memberitahu Bakar ada nama timangan sejak kecil lagi. Mereka sekeluarga tidak memanggil Bakar tapi.........
         "Nama timangan Bakar ni, Atan," 
Bakar dan Atan meluru ke dalam bilik.
         Dua beradik itu ketawa sampai bergolek-golek atas lantai.
Ayah dan ibu juga tertunduk-tunduk menahan ketawa. Meleleh air mata mereka sebab geli hati sangat.
        Zaiton hanya tersengih tidak tahu nak buat apa. Malu pada Bakar dan Atan pun ada. Nak marah pun tak boleh sebab mentua ada depan mata. Nak tak nak, Zaiton kena terima hakikat.
Kah! Kah! Kah!
Itulah, kalau Eton cakap tak nak mesti dapat. Macam Eton tak suka nama Bakar, alih-alih dapat suami nama Bakar, nama Atan pun dapat sekali. Sejak hari itu, Eton tak berani nak sebut 'tak nak' atau 'tak mahu'. Beringatlah katakan.

Moral of the story is: kita kena ingat, jodoh, rezeki, hidup dan mati semua urusan di tangan tuhan. Pastu, kita tak boleh membenci sangat nama seseorang tu. Biasanya apa yang kita benci, itulah yang menjadi milik kita.

Kredit: Wan

Khamis, 23 Jun 2011

Artis dan dadah

Tak ada apa yang nak disedihkan. Sebelum ni, dah banyak dah artis Barat yang mati sebab dadah. Kalau nak senarai, banyak sangat. baik lelaki atau perempuan. Okeh, malas nak taip banyak-banyak sangat. Jom kita stat dengan....

Elvis Presley-
Lebih dikenali sebagai King of Rock n Roll dan dilahirkan pada 8 Januari 1935 di Tupello, Mississippi, Amerika Syarikat. Dia aktif dalam dunia seni dari tahun 1954 hingga 1977.
        Masalah Elvis bermula selepas bercerai dengan isterinya, Priscilla, pada 1973. Badannya mula gemuk, jiwa tertekan dan kewangan merosot. Elvis cuba menanganinya dengan makan pelbagai jenis ubat serta diet yang keterlaluan untuk mendapatkan semula bentuk badannya yang menarik.
        Tetapi tindakannya hanya mengundang maut, tambah lagi dengan gaya hidup yang suka berparti hingga lewat malam. Akhirnya pada 16 Ogos 1977, Elvis ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik mandi rumahnya di Graceland, Memphias dan dishkan mati pada pukul 3.00 pagi.
         Autopsi yang dilakukan mendapati, kematiannya akibat masalah jantung berpunca daripada pengambilan dadah serta ubat-ubatan secara berlebihan, kegemukan serta jantung lemah. Ada 14 jenis dadah 
dalam darahnya, termasuk methoqualone dan codeine yang 10 kali ganda daripada dos normal, ubat penahan sakit seperti Demerol dan ubat tidur.
         Buku mengenai Elvis bertajuk What Happened? mendedahkan bagaimana dia mula terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Buku itu mencatatkan, Elvis sering mengalami masalah kesihatan. Untuk itu, beliau sering menggunakan ubat jenis Dexedrine. Ubat ini boleh memberikan kesegaran, mengurangkan rasa letih, mengelakkan mengantuk dan sentiasa riang serta ceria.
          Selain Dexedrine, Eldis juga mengambil dadah semasa berkhidmat dengan tentera Amerika. Ampheta-mine berbentuk kristal yang diberi nama 'ice' .Pengambilan secara berlebihan menyebabkan beliau mati.

Hugh O'connor
Pelakon drama bersiri In the Heat of the Night ini lahir di Rom, Itali. Ketika berusia 16 tahun, Hugh disahkan menghidap kanser, tetapi pulih selepas kemoterapi dan dua pembedahan .
         Malangnya selepas itu, Hugh berdepan dengan ketagihan dadah serta pengambilan ubat-ubatan yang melebihi dos yang dibenarkan. Antaranya, dadah jenis marijuana diambil bagi mengurangkan rasa mual yang sering dialaminya. Hugh pernah beberapa kali mendapatkan rawatan di pusat pemulihan tetapi gagal.
         Pada 28 Mac 1995, ketika meraikan ulangtahun ketiga perkahwinannya dengan Angela Clayton, Hugh memberitahu ayahnya bahawa dia tidak akan hidup lama. Dia tidak boleh menahan ketagihan dadah serta tidak sanggup lagi untuk menghabiskan masa di pusat pemulihan.
         Beberapa jam kemudian, Hugh menembak kepalanya sendiri menggunakan pisto. Hasil bedah siasat mendapati, terdapat kokain dalam darahnya.

Marilyn Monroe
Dilahirkan pada 1 Jun 1926 di Los Angeles California, Amerika Syarikat. Marilyn Monroe memulakan kariernya sebagai model. Selepas berjaya menjadi model terkenal, dia telah ditawarkan kontrak untuk berlakon filem di Hollywood. Dari situlah namanya mula meletup-letup.
Marilyn meninggal dunia pada 5 Ogos 1962 di rumahnya di Brentwood, Los Angeles. Bedah siasat mendapati Terdapat lapan miligram kloral-hidrat dan 4.5 peatus miligram Nembutal dalam badan beliau.
         Kematian Marilyn juga didapati berpunca daripada keracunan barbiturate yang diambil secara berlebihan. Dia juga seorang kaki botol. Bagaimanapun ada pihak yang mengaitkan kematia Marilyn dengan bunuh diri, Mafia serta Presiden Amerika, John F. Kennedy.
           Sebenarnya banyak lagi, tapi tak larat nak taip dah. Takpalah, janji ada.

15 sebab kenapa lelaki selalu happy

- Tak perlu mengandung.

- Boleh kencing merata-rata.

- Kerjanya sama, tapi gaji lebih.

- Kedut dan boroi lambang kejantanan.

- Orang tak pandang ke dada bila bercakap dengan mereka.

- Berbual di telefon 30 saat aja.

- Boleh pakai sepasang baju dan seluar untuk cuti selama lima hari.

- Dipuji sebab keluarkan satu idea ciput.

- Boleh pakai seluar dalam RM 9.90 sekotak (ada tiga helai)

- Boleh pakai baju berkedut.

- Apa yang ada di muka semuanya ori.

- Stail rambut sama aja selama bertahun-tahun, mungkin berdekad.

- Boleh pakai sepasang kasut dan stokin sampai terkoyak.

- Boleh pakai seluar pendek walaupun kaki macam....!!!

- Misai berserabut? No halllah.

Rabu, 22 Jun 2011

Ngeri la....

        Zaman ni macam-macam jadik. Hei, susah hati hamba nengok. Bunuh,dadah,ragut. Depan rumah pun boleh kena culik. Kalau kena hukum pun yanh paling berat ialah gantung, kena suntik dengan bahan beracun, takpun kena 'shot' letrik atas kerusi dia. Tak lebih dari tu.
        Tapi,zaman dulu-dulu lain. Kalau zaman Melaka munkin kena sula. Pokoknya macam-macamlah hukuman yang ada sampai boleh buat kita pengsan dua, tiga kali. Tula hukuman yang pemerintah buat kalau nak bendung jenayah. Nak buat macam mana, budak-budak ni jahat sangat.

1.Diikat untuk dihurung serangga.
Hukuman ni mula dijalankan oleh pemerintah Parsi purba. Mula-mula pesala dibogelkan, pastu kepala,tangan, kaki dengan badan diikat atas sekeping papan atau kayu. Kemudian dibiarkan terapungdalam kolam atau kena jemur bawah matahari yang rembang gila-gila.
        Hukuman ni jadi lebih menakutkan bila pesalah-pesalah ni terlebih dahulu dipaksa minum susu ngan madu.Bukan sikit ooo. Banyak, sampai tercirit. Pastu diorang sapu pulak madu dengan susu kat badan pesalah tadi.     
        Bau busuk najis dengan aroma susu dan madu dengan cepat menarik perhatian serangga. Macam lalat, kumbang, tebuan dan labah tu biasa lah. Selain kena sengat, serangga tu pun ambik kesempatan dengan bertelur kat atas badan diorang.Hukuman tetap diteruskan gengan memberikan pesalh-pesalah itu makan susu
dan madu agar mereka dapat terus hidup dan menerima seksaan.
        Walaupun susu dan madu memberikan tenaga, tetapi dapat juga membuatkan bandua tu cirit-birit dan mengundang lebih banyak serangga. Kematian selalunya berpunca kombinasi kehilangan air dalam badan. kelaparan serta terkejut.
 
2.Dibuang ke pulau
Apabila kapten atau kelasi kapal membuat kesalahan besar, mereka akan dibuang ke sebuah pulau yang kering kontang, yang tak ada apa-apa kecuali pasir.
        Bekalan yang diberi cuma sedikit makanan dan minuman serta sepucuk pistol untuk membolehkan pesalah membunuh diri jika mahu.

3.Disiat kulit
Hukuman ini telah dijalankan oleh pemerintah Assyria (200-800 SM). Musuh serta pembesar yang cuba memberontak akan ditangkap dan, lalu kulit mereka akan disiat. Hukuman ini amat menakutkan bila dilakukan ketika masih hidup dan menjerit kesakitan.  
         Tubuh pesalah tadi yang dilumuri darah akan ditinggalkan begitu sahaja manakala kulit mereka akan dipaku pada dinding sebagai amaran supaya jangan cuba-cuba menggugat kuasa raja.

4.Keelhauling
Berasal daripada perkataan 'kielhalen keel'. Caranya, apabila kelasi kapal ditangkap kerana membuat kesalan berat, mereka akan diikat dan kemudia dicampak ke laut sebelum ditari oleh sebuah bot merentasi kawasan cetek yang banyak batu. Ketika pesalah dibenam dan diseret, badannya akan melanngar batu-batu karang tajam. Ini menyebabkan mereka mendapat luka teruk, selain lemas.
          Hukuman dijalankan dengan cepat supaya kesannya amat menyakitkan. Jika dijalankan secara perlahan, dikhuatiri mangsa akan selamat kerana tubuh mereka akan terapung dan dia akan mati bukan akibat luka dikelar serta ditikam batu karang tetapi akibat lemas.
         Keelhauling dijalankan oleh tentera laut Belanda bermula sekitar tahun 1560 dan berakhir pada tahun 1853.

Dulu & skarang part 2

                     Hari-hari dia termimpikan L. H sanggup menolong cikgu mengangkat buku atau pengawas semata-mata hendak berbalas pandangan dengannya. Tetapi H ni pemalu orangnya, jadi untuk meluahkan perasaannya hanyalah dengan melalui surat yang dihantar menggunakan seorang rakan kelas mereka sebagai posmen.
Isi surat tu bunyi macam ni...
      "saudari L, semoga saudari sihat-sihat hendaknya. Saya pun begitu juga. Tujuan sebenar saya menulis suratini adalah untuk berkenalan dengan saudari, tetpi saya malu untuk berterus terang. Saya bimbang kawan-kawan akan mentertawakan saya. Maklumlah, saya tidak ada rupa tetapi saudari cantik dan ada ramai peminat.
     "Untuk pengetahuan saudari, nama saya H..... . Saya mempunyai lapan adik-beradik, saya anak yang keenam. Warna kegemaran saya ialah hijau, sebab itulah saya gunakan surat yang berwarna hijau. Saya harap saudari sudi menerima saya sebagai sahabat.
      "Pecah kaca, pecah gelas. Sudah baca harap balas. "Yang benar... H
(insan biasa)"
Apakah cintanya dibalas? Begini surat balasannya dari L seperti yang hamba curi-curi baca. He,he he
      "Ke hadapan saudara , terima kasih dia atas surat yang saudara kirimkan. Jika saudara ikhlas ingin berkawan dengan saya, saya sedia menerimanya. Saya juga ikhlas menerima saudara sebagai sahabat. Untuk pengetahuan saudara, saya mempunyai lima orang adik beradik, saya adalah yang ketiga.
       "Salam perkenalan dari saya. Semoga  persahabatan ini tidak akan melalaikan kita.
Yang ikhlas, L."
        Apabila menerima surat itu, kata kawan emak hamba tadi, dia rasa macam hendak meloncat ke atas bumbung sekolah. Kalau boleh, dia hendak panjat tiang bendera dan menjerit, "L....aku cinta padamuuu!!!"
Hari itu kalau tidak satu hari pun tak terasa lapar sebab perut terasa kenyang sentiasa. "Indahnya cinta pertamaaa."Katanya.
         Masa berlalu, hari beredar, cinta yang sunyi dan berhubung melalui pandangan mata serta balasan senyuman tba-tiba menjadi tawar. Bunga yang dahulunya mekar dan harum kini dilihatnya semakin layu.
Pakcik H mendapati buah hatinya tidak lagi memandangnya dengan senyuman. Suratnya juga tidak dibalas.
         Akhirnya, pakcik H mendapat tahu L sedang rapat dengan seorang senior. Pak cick H kecewa. Semua yang ditelannya menjadi tawar. Jiwanya kosong.
          Hari berlalu, cinta yang sunyi itu berakhir bagai angin lalu. Selepas ditemui, pakcik H sudah mempunyai enam orang anak.

                        -cinta pertama sememangnya indah, tetapi sakitnya juga memang 'pergh'.....-


~senyum selalu..:) 

Selasa, 21 Jun 2011

dulu & skarang part 1

             Dua minggu lepas,mak hamba adolah cerita fasal orang zaman dulu bercinta.Terkeluar tajuk tu lepas baca Metro. Cam ni cerita dia......
             Adalah sorang kawan mak hamba bercinta.  Nama dia H....... .Masa tu dia baru umur belasan tahun. Muda la katakan. Kata mak hamba, kawan dia suka sangatttt dengan si gadis ni. Nama dia L.... . Dia selalu terbayang wajah buah hatinya itu. Kulit putih bersih, wajah yang menawan. Kalau matanya melirik rasa cam nak pengsan. itulah gadis yang bejaya mencuri hatinya selepas dia dah sunat dan sudah tumbuh bulu ketiak.
             Gadis yang bernama L selalu dilihatnya duduk di tepi tingkap ketika nak pergi ke bilik guru. Selalu juga dia bertembung dengan buah hatinya ketika hendak masuk kelas atau pulang dari sekolah. Pabila bertentang mata dengan L, dia dapat merasai getaran cinta yang turut terpancar dari matanya. Dia menjadi tidak keruan. Dia tahu L juga sama sepertinya.