Sehingga kini belum ada sesiapa yang dapat memadamkam rekod ibu termuda yang dipegang oleh Lina Medina. Lina melahirkan bayinya pada hari ibu 14 Mei 1939. Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital di Peru melalui pembedahan
Lina Medina bersama anaknya,Gerardo dan doktor yang menjaganya, Dr. Gerardo Lozada. |
Bagaimanakah Lina- anak kepada seorang petani miskin yang tinggal di Paurage, Pergunungan Andreas, peru- boleh menjadi ibu pada usia semuda itu? Ibu bapa kanak-kanak itu mengaitkan kejadian itu dengan kepercayaan kuno masyarakatnya. Donna Loza percaya bahawa anaknya hamil setelah dipatuk oleh seekor ular dari alam ghaib. Kononnya ular itu mematuk Lina untuk memberikannya kuasa supernatural.
Sementara tu, bapa lina pula percaya, anaknya mandi di 'kolam kelahiran' yang terletak tidak jauh daripada rumah mereka.
Benarkah begitu?
Pemeriksaan doktor mendapti, kehamilan Lina itu berkait rapat dengan penyakit 'cepat tua' yang dihidapinya. Ujian perubatan dan keterangan yang diberikan oleh ibu bapanya mendapati, Lina mula didatangi haid seawal usia usia lapan bulan manakala bulu ari-ari dan payudaranya pula mula tumbuh ketika berumur empat tahun.
Persolan penting; siapa yang menghamilkan Lina? Sehingga kini tiada siapa tahu kerana Lina juga 'merahsiakannya'. Dikatakan juga, Lina tidak sapat menjelaskan perkara itu, kerana ketika kejadian, Lina masih terlalu muda untuk memahami 'punca-punca dia hamil dan siapa yang melakukannya'.
Bapa Lina telah ditahan polis kerana disyaki memperkosa anak perempuannya itu,tetapi dibebaskan kerana kekurangan bukti.
Pada 1940, Lina dihantar ke Chicago, Amerika Syarikat untuk merawat penyakit cepat tuanya itu. Beliau kini menetap di Lima. Anak lelaki Lina meninggal dunia pada 1979, ketika berusia 40 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan