Jumaat, 24 Jun 2011

Tak nak, tapi dapat jugak

Ni, nak cerita pasal satu kisah tentang sorang pompuan yang apa saja benda yang dia tak mahu mesti dapat. Huh, malang betoi. Nak dijadikan cerita.....
         Amir ni ada seorang kakak tunggal bernama Zaiton. Daripada lima adik beradik, hanya Zaitun seorang sahaja anak perempuan. Jadi, Zaiton selalu sangat disakat oleh abangnya, Bakar dan Atan. Ada-ada saja perkara yang diusik hinggakan Zaiton melenting tak tentu pasal.
         "Ayah, tengok Zaiton ni. Dia bukan memasak. Tapi, asyik berdengkur aja kat dapur," beritahu Bakar pada ayahnya.
         Apabila mendengar kata Bakar,si ayah yang berada di tanah terus menjerit memarahi Zaiton.
         "Etonnnnnn! Tak habis-habis tidur!!" Jerit bapanya.                                                                        Teruklah Zaiton dileteri ayahnya. Zaiton pulak terkebil-kebil tidak tahu-menahu apa yang dijeritkan si bapa.
         Bakar pula ketawa terkekeh-kekeh kerana berjaya mengenakan adiknya. Bakar dan seorang lagi adiknya, Atan , memang tak boleh tengok Zaiton duduk diam, ada saja yang nak dikenakan.
         Zaiton mula angin satu badan. Matanya bulat memandang Bakar yang tidak henti-henti ketawa. "Sah! ni memang kerja Bakar," kata Zaiton yang sedang memasak.
         Tiba waktu makan, Bakarlah yang banyak cakap. "Wah, mentang-mentang la garam murah, Eton taruk satu lori dalam gulai ya! Patutlah gulai Eton sedap," usik Bakar sambil menyuap nasi.
         Yalah, tengok ikan goreng pun nampak hitam aja. Macam ikan mati terbakar," sampuk Atan. Bakar dan Atan ketawa lagi.
         Selain Bakar, Zaiton juga bengang dengan Atan. Zaiton tidak sukakan Atan kerana adiknya yang seorang ini, pemalas!
         Bila Zaiton menyuruh adiknya si Atan mencari kayu api, Atan selalu mengelak. Puas disuruh, tapi Atan selalu buat derk. Ada-ada aja alasannya.
          Bila Bakar dapat tahu, dia menghasut Atan supaya jangan pergi cari kayu api. Lagi menyiraplah darah Zaiton.
          "Bukan Atan tak nak buat, tapi tak elok kak suruh budak-budak buat kerja berat, nanti cepat mati," jawab Atan tersengih.
          Bakar dan Atan pula hanya tersengih-sengih. Mereka terkebil-kebil melihat Zaiton yang tengah meradang.
          Esoknya, semasa Zaiton sedang membasuh baju, Bakar dan Atan kenakan Zaiton lagi. "Hai! basuh baju ke buat baju? Lama betul dalam bilik air," usik Atan sambil menuggu di pintu bilik air.
         Zaiton yang sedang membasuh naik berang. Rasa hendak dicekik-cekik aja si Atan. Tapi, apa nak buat, dah macam tu fiil Atan.
         Zaiton tidak ada peluang hendak berehat. Bila dilihat dek budak berdua yang Zaiton sedang dengar radio, Bakar dan Atan menyakat lagi. Zaiton yang sedang melayan lagu kegemarannya tersentak apabila terdengar siaran Tamil, lepastu tu bertukar pulak siaran Cina. Mendidih darah Zaiton bila dikacau oleh Bakar dan Atan.
         Bila Zaiton marah, Bakar dan Atan cepat-cepat memujuk.
         "Janganlah marah kak,kalau kak muka masam tak lawa tau," pujuk si Atan. Zaiton yang sedang menggelegak terus tersenyum.
          "Tapi kalau muka akak tak masam lagi tak lawa....Kah!kah!kah! Sambung Atan sambil tergelak besar.
          Pernah suatu hari, Bakar dan Atan mengendap Zaiton yang baru selesai solat. selesai solat, mereka terdengar Zaiton berdoa.
          "Ya Allah, kalau Engkau hendak pertemukan jodoh, janganlah bagi nama Bakar dan Atan. Sebab aku tak suka kedua-dua nama itu," doa Zaiton.
          Bakar dan Atan yang terdengar doa Zaiton terus ketawa terbahak-bahak. Sampai begitu sekali bencinya Zaiton pada mereka berdoa.
          Masa berlalu! Zaiton mula meningkat remaja. Tibalah masa si ayah mencarikan jodoh untuk anak gadisnya.
          Suatu hari, datanglah suatu rombongan meminang Zaiton. Tapi dia sendiri tidak tahu siapa bakal suaminya. Sebab segala urusan diserahkan 100 peratus pada keluarganya.
          Selepas rombongan meminang balik. Semua ahli keluarga berkumpul. Bakar dan Atan tidak sabar ingin tahu siapa bakal suami Zaiton
         Apa nama tunang Zaiton, ayah? 
Bila ditanya, si ayah hanya tersengih.
         "Nama budak tu  Bakar," beritahu si ayah perlahan.
         Kah! kah! kah!
         Riuh-rendah adik beradik Zaiton ketawa. Masing-masing tergelak sakan. Paling kuat, Bakar dan Atan. Sampai berguling-guling atas lantai. Meleleh air mata Bakar bila dengar bakal adik iparnya. Muka Zaiton merah padam menahan geram!
         "Hah! Dulu benci sangat nama Bakar! Sekarang dapat suami nama Bakar! Isy! Isy! Isy!," sindir Bakar sambil tergelak besar.
         Tidak lama selepas bertunang, Zaitan selamat diijabkabulkan. Zaiton dan Bakar menjadi suami isteri yang sah walaupun Zaiton memang menyampah dengan nama Bakar. Tapi, apa nak buat, dah jodoh.
         Sebulan berlalu, suatu hari mentua Zaiton berkunjung ke rumahnya besannya. Hari itu, kedua-dua pihak rancak bercerita.
         Sedang asyik berbual, mentua Zaiton memberitahu Bakar ada nama timangan sejak kecil lagi. Mereka sekeluarga tidak memanggil Bakar tapi.........
         "Nama timangan Bakar ni, Atan," 
Bakar dan Atan meluru ke dalam bilik.
         Dua beradik itu ketawa sampai bergolek-golek atas lantai.
Ayah dan ibu juga tertunduk-tunduk menahan ketawa. Meleleh air mata mereka sebab geli hati sangat.
        Zaiton hanya tersengih tidak tahu nak buat apa. Malu pada Bakar dan Atan pun ada. Nak marah pun tak boleh sebab mentua ada depan mata. Nak tak nak, Zaiton kena terima hakikat.
Kah! Kah! Kah!
Itulah, kalau Eton cakap tak nak mesti dapat. Macam Eton tak suka nama Bakar, alih-alih dapat suami nama Bakar, nama Atan pun dapat sekali. Sejak hari itu, Eton tak berani nak sebut 'tak nak' atau 'tak mahu'. Beringatlah katakan.

Moral of the story is: kita kena ingat, jodoh, rezeki, hidup dan mati semua urusan di tangan tuhan. Pastu, kita tak boleh membenci sangat nama seseorang tu. Biasanya apa yang kita benci, itulah yang menjadi milik kita.

Kredit: Wan

Tiada ulasan: