Dua minggu lepas,mak hamba adolah cerita fasal orang zaman dulu bercinta.Terkeluar tajuk tu lepas baca Metro. Cam ni cerita dia......
Adalah sorang kawan mak hamba bercinta. Nama dia H....... .Masa tu dia baru umur belasan tahun. Muda la katakan. Kata mak hamba, kawan dia suka sangatttt dengan si gadis ni. Nama dia L.... . Dia selalu terbayang wajah buah hatinya itu. Kulit putih bersih, wajah yang menawan. Kalau matanya melirik rasa cam nak pengsan. itulah gadis yang bejaya mencuri hatinya selepas dia dah sunat dan sudah tumbuh bulu ketiak.
Gadis yang bernama L selalu dilihatnya duduk di tepi tingkap ketika nak pergi ke bilik guru. Selalu juga dia bertembung dengan buah hatinya ketika hendak masuk kelas atau pulang dari sekolah. Pabila bertentang mata dengan L, dia dapat merasai getaran cinta yang turut terpancar dari matanya. Dia menjadi tidak keruan. Dia tahu L juga sama sepertinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan