Jumaat, 30 September 2011

Jom join bloglist ini blog bui

          Assalamualaikum, seperti yang korang baca diatas, aku nakla masuk bloglist kak bui. Sebab kenapa aku nak join adalah blog dia lawa la wei. Kaler hijau lagi. Nak join klik header hijau tu.


Kalau nak join kena cepat, sebab tarikh tutup dia: hari Jumaat 30.9.2011 jam 11:59 malam
Seperti yang ditaip oleh kak bui:  permohonan lepas tu mungkin tidak akan dilayan..cehhh..ganas..hehe

JUAN: Jom join cepat...


                                                  Penyertaan sudah ditutup

Rabu, 28 September 2011

Azwan Ali kata chimpanzi dekat siapa tu?

            Berikutan kelmarin, aku ada buat entri pasal AA kan? Harini, ada lagi. Aku check dekat twitter dia, fuh... . Mengata orang chimpanzi sakan. Siapa yang dikatanya tu, aku tak tau la.







JUAN: Terkelu lidah den....

Isnin, 26 September 2011

Apa nak jadi dengan Azwan Ali dan Didie Alias(gaduh lagi)

            Kalau tak harini aku takde idea nak tulis apa, dan jugak disebabkan mak aku masak cendawan goreng lagilah aku malas. Tapi dengan tiba- tibanya aku ternampak dekat twitter/home aku.......

Baca lagilah...
Ada lagi...

Harini punya.Ni bukan yang dulu punya tau. 

JUAN: Balik balik gaduh. Adoi.


Ahad, 25 September 2011

Norman hakim kantoi tak bayar hutang dekat Abby Abadi

            Kahwin dah pun Norman dengan Memey ni. Harapan seperti selalulah kalau artis kahwin ni mesti nak berkekalan kan, betul tak? Berbalik pada tajuk yang asal, kenapa aku kata Norman tak bayar lagi hutang dia dekat Abby Abadi. Nilah sebabnya.


 Aku tak nak tuduh sesapepun yang publish sebab aku tak nak cari gaduh ok. Wallahualam.

JUAN: Yang ni aku tak pastilah Abby sendiri ke atau admin fanpage tu yang tulis.

Jumaat, 23 September 2011

Kenapa aku suka makan dekat restoran nasi kandar

            Kau jangan tanya kenapa aku suka sebab aku nak bagitau kaulah ni. Cer sabar jap. Aku suka makan bukan sebab alu tangkap cintan dengan staf dia tau. Diulang, aku tak tangkap cintan dengan staf dia tau. Sebab-sebabnya adalah.

1. Kalau aku order sepinggan macam makan dua pinggan lagi-lagi kalau order ayam tandoori. Fuh, belehak 2, 3 kali. Tapi kalau aku makan dekat restoran tomyam ke seafood ke, alahai udang seketul je. Ayam dia punyalah susah nak carik walaupun aku order yang 2 orang makan punya. Pastu mamat sebelah asyik dok usya aku sebab aku sorang je tapi order untuk 2 orang. Punyalah dugaan.

2. Aku makan banyak camna pun, orang takkan tengok pelik punyalah sebab standardlah nasik kandar. Kuantiti dia banyak. Baru puas makan. Pastu, kadang-kadang mamak ni baiklah pulak dengan aku sampai belanja nasi bungkus. Lagilah aku suka.

3. Kalau aku nak keluar makan dengan family mesti bapak aku belanja aku makan nasik kandar punyalah. Kau tau sebab apa? Sebab family aku ramai, kalau aku pergi makan dekat restoran tomyam, alamatnya aku tokak tulang aje. Sebab mahal+ sikit. Kau gile ke nak makan dekat situ. Nanti, hujung bulan aku makan pasir jelah.

4. Kebanyakan restoran mamak mesti bukak 24 jam punyalah. Jadi, aku bolehla singgah kedai diorang walaupun waktu tu pukul 4.30 pagi. Hoi, aku tak merayau- rayau tau. Adik aku yang suruh.

4. Hah, aku tak larat nak pikir banyak-banyak. Kau pikirlah sendirik.

JUAN: Harini aku makan lauk sardin. Jimat

Khamis, 22 September 2011

Marsha Milan Londoh nafi ambil pil sebanyak 30 biji

            Baru- baru ni Marsha Milan Londoh telah dimasukkan ke dalam hospital. Ada khabar angin yang kata dia ni masuk hospital sebab telan pil sampai 30 biji. Berikutan itu, Marsha sudah buat sidang media menjelaskan yang dia cuma tak sihat dan lemah sahaja.
          Bila dia dah lemah, kereta yang dia bawak melelong sampai terlanggar pembahagi jalan plus dia pun jatuh pastu pengsan dekat tangga rumah dia.
            Marsha menafikan yang dia langsung tak ambil pil tu. Dia kata, kalau dia ambil sampai 30 bijik mungkin dia dah tak hidup lagi. Marsha ada jugak cerita yang dia ada berkawan rapat dengan seseorang dia khir sidang media. Dia dijangka akan mula bekerja pada minggu ni.

JUAN: Nasib baik kau tak amik, kalau tak, jalan.......

Rabu, 21 September 2011

(Gambar) Fida tak bertudung

            Baru- baru ni dia dah kena kritik fasal lakonan dia yang tak sesuai dalam citer kasih Alia sebab tak sesuai dengan imej. Sekarang ni, dah tersebar gambar dia tak bertudung  masa pergi bercuti dekat negara seberang. Gambar ni secara tak sengajanya terupload dekat facebook oleh Mamat Sepah. Jom tengok gambarnya kat bawah ni.



JUAN: Kau ni sebenarnya bertudung ke tidak, Fida oi?

Isnin, 19 September 2011

(Gambar) Fauziah Ghous dan Iqram Dinzly kemalangan


Kereta Iqram Dinzly model Satria Neo berwarna kuning yang diberi gelaran Bumblebee ini khabarnya mengalami kemalangan dekat dengan Karak dan syukur semua yang ada dalam kereta tu tak cedera.

Iqram Dinzly dan Fouziah Gous sebenarnya dalam perjalanan ke Karnival Amal Syawal NSTP di Bangsar, pastu, tengok, tengok eksiden.

JUAN: Neno, nenong. Tumpang lalu sikit

Ahad, 18 September 2011

Tutorial: cara nak disable right-click

            Ok, pada hari ni aku nak ajar korang cara nak disable right-click. Aku tahu sesetengah daripada korang mesti ada pengalaman harta karun korang dicurik oleh blogger yang tak bertamadun kan? Yang mana menyebabkan kau benci gila kambing dekat perkataan copy. Kalau letak kredit tu takpe lagi. Ni langsung takda. yang nama si owner yang banyak kat dalam entri tu rajin pulak diubahnya. Jangan risau, aku nak turunkan ilmu aku:

Cara pertama: Cuma disable right-click ja, tapi still boleh highlight dan copy pakai ctrl+c

  • Pegi kat layout, klik dekat EDIT HTML
  • Pastu klik dekat 'expand template widget'
  • Tekan ctrl+f, pastu paste kod ni <body>. Dah jumpa, korang ubah jadi: <body oncontextmenu="return false;"> 
  • Pastu save template.
Cara kedua: Yang ni keluar pop-up window punya. Macam hebat pulak.
  • Pegi 'page element'.
  • Pastu klik 'add gadget'. Then, korang klik dekat html/javascript dan korang tampallah kod kat bawah ni.
<script language='JavaScript'>
<!--

//Disable right mouse click Script
//By Maximus (maximus@nsimail.com) w/ mods by DynamicDrive
//For full source code, visit http://www.dynamicdrive.com

var message=
"Tak payah dok gatai" 

///////////////////////////////////
function clickIE4(){
if (event.button==2){
alert(message);
return false;
}
}

function clickNS4(e){
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==2||e.which==3){
alert(message);
return false; 

}
}

if (document.layers){
document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);
document.onmousedown=clickNS4;
}
else if (document.all&&!document.getElementById){
document.onmousedown=clickIE4;
}

document.oncontextmenu=new Function("alert(message);return false")

// -->
</script>
 

*Tulisan yang kaler biru tu, ikut sukahati koranglah nak letak apapun. Contohnya macam: 'Hoi, buat apa tu? Lempang mau?'. 

Cara ketiga: Ni yang paling kedekut tak hengat. Highlight tak boleh, copy lagila tak boleh.

  • Pegi kat layout
  • Cari kod ni ~<head>
  • Paste kod  bawah ni, atas <head>
script type="text/javascript"> 
//form tags to omit in NS6+: 
//http://eking.in 
var omitformtags=["input", "textarea", "select"] 

omitformtags=omitformtags.join("|") 

function disableselect(e){ 
if (omitformtags.indexOf(e.target.tagName.toLowerCase())==-1) 
return false 
} 

function reEnable(){ 
return true 
} 

if (typeof document.onselectstart!="undefined") 
document.onselectstart=new Function ("return false") 
else{ 
document.onmousedown=disableselect 
document.onmouseup=reEnable 
} 

</script> 

Juan: Kalau blog yeng jenis tutorial,  takyah la pakai cara no.3. Nanti orang nak copy kod susah. Pastu diorang pangkah terus blog korang

Jumaat, 16 September 2011

Buat duit dengan churpchurp

            Korang kenal tak dengan churpchurp ni? Kalau tak kenal, meh sini aku nak kenalkan. Churpchurp ni adalah little sister kepada nuffnang. Aku dah lama dah register, Boleh kata sangatlah senang nak dapat duit dengan program ni. Bagi yang belum daftar, korang boleh join dengan klik di sini:

------------> Register churpchurp

Lepas korang daftar jadi ahli churp-churp, dalam jangka masa tertentu, diorang akan kasi job kat koranglah. Masa korang nak tunggu job tu, korang buatlah kerja korang cam biasa.  Job yang nak diorang kasi tu adalah  kerja mempromosikan sesuatu. Diorang akan hantar emel fasal tugasan korang.

Contoh email tugasannya
Seterusnya login ke akaun churpchurp samada korang klik link dalam email tu ataupun login di halaman churpchurp. Bagi korang yang belum ada twitter mahupun facebook, daftarlah sekarang sebab dua menda nilah yang akan bantu korang dalam tugas korang.

churchurp pending tweets


Langkah-langkah yang perlu korang buat untuk menyempurnakan tugas korang:

  • Baca keterangan dulu sebelum nak start tulis taip.
  • Dalam kotak 'compose' serta diluarnya jugak ada keyword yang mesti dimasukkan dalam ayat ( selalunya #hashtag, keyword serta link).
  • Pastikan korang pastikan semua keyword ada dalam ayat sebelum korang 'submit'. Ingat, check betul-betul
Lepas tu tugasan yang korang buat tadi akan diperiksa terlebih dahulu, Kalau cukup syarat, diorang akan terus hantar dekat twitter bila- bila masa dan korang tak yahla tweet secara manual sebab diorang akan tweet secara automatik untuk korang. Tapi korang tak payah risau, sebab selalunya diorang approve je.

Kalau nak check jugak samada diorang luluskan ke tidak, boleh tengok dekat 'shceduled tweets'. Kalau tak terima lagi,Status: [Pending Approval] akan kelihatan. Yang selebihnya korang cuma perlu goyang kaki dan tunggu duit masuk.


JUAN: Senang kan?

Resepi nasi hujan panas


Bahan- bahannya

  • 3 pot kecil beras biasa (brasmathi pun boleh) Ikut perut koranglah nak letak berapa 
  • 1 sudu minyak sapi
  • 1 sudu susu pekat
  • Rempah (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih)
  • Garam secukup rasa
  • 1 Bawang besar dihiris
  • Minyak untuk menumis
  • 2 helai daun pandan
  • 1 Sudu sos tomato
  • 1 inci halia diketuk
  • Pewarna~ikut suka korang

Cara-caranya

  1. Basuh beras & sukat air macam masak nasik biasa
  2. Panaskan minyak untuk menumis
  3. Masukkan bawang & rempah & halia & daun pandan. Tumis sampai naik bau
  4. Kemudian masukkan sos tomato, susu, minyak sapi & garam.
  5. Sudah menggelegak masukkan bahan tadi dalam periuk nasi pastu kacau sebati
  6. Setelah nasi agak kering cucukkan lidi bersama pewarna tadi ke dalam nasi. Biar sehingga setengah jam baru korang kacau.

JUAN: Dari sepinggan terus jadi tiga. Warghhh, gemukla aku nanti!

Tips untuk budak PMR cam jiran aku

            Aku tahu budak PMR sekarang ni mesti tengah belajar non-stop kan? Tak payahlah bagi tekanan sangat kat palaotak korang. Belajar tu biar rilek macam yang kawan aku buat. Dalam kelas dia mesti tumpu punyalah apa yang cikgu ajar sebab tu walaupun malam sebelum exam dia hentam main psp sampai tengah malam pun, result dia tetap skor punyalah. Ni ada sikit tips dari kawan aku tadi:

1. Korang belajarlah dengan keadaan yang tenang sebab otak yang tenang tu boleh terima macam- macam ilmu yang kau nak.

2. Kau mesti dalam erti katanya kau wajib sangat- sangat hormat mak bapak korang, pastu mintak restu diorang. Kalau kau belajar teruk camna sekalipun, tapi tak hormat diorang, aku rasa korang dah dapat hint dah result korang macam mana.

3. Kau mestilah tumpu gila-gila apa yang cikgu kau cakap dalam kelas walaupun dia cuma cerita pasal cekodok dia yang tak jadi. Eh, ye ke? Sebab ilmu dalam kelas ada 85%, pastu yang lagi 15% touch up sikit-sikitlah.

4. Pastu, kau tawakkallah banyak- banyak. Ngeee...

Kalau nak tips lagi,kau bolah lawat link ni:

http://www.churpchurp.com/bos-besar/share/TutorTVPMR1

HAMBA: Kau janganlah sesekali buat bunyi tikus masa tengah exam, kalau pemeriksa dapat tangkap, masak kau. Tapi, kalau kau nak buat jugak, pastikan pemeriksa tu takde belakang kau. Kalau tak, kau paham jelah.... . Hehehe.

Budak dulu vs budak sekarang

           Kalau korang perasanlahkan, budak sekarang ni berbeza sangat dengan budak dulu. Mak aku pun asyik cakap:
           "Heih, budak sekarang tak macam budak-budak dulu."
Kalau korang nak tahu apa yang bezanya, baik korang usya yang nombor satu sekarang.

1. Cara berpakaian
Seriuslah aku cakap, susah la sangat nak tengok budak sekarang ni pakai baju kurung. Kalau nampak pun, mesti dekat kenduri kahwin ke ape ke. Tapi selalunya t- shirt ngan seluar track takpun seluar jeans. "Eleh, kau tu pun samalah juan." Err...

2.Tahap kerajinan
Ni aku tujukan khas untuk anak dara se Malaysia, yang mana asyik bangun pukul 12 tengahhari. Bangunlah wahai anak- anak sekalian. Nilah yang menyebabkan pompuan melayu zaman sekarang gemuk aje banyak. Kalau tak caye, cuba korang bandingkan aktiviti gadis dolu-dolu dengan gadis sekarang. Sangatlah berbeza sama sekali. Budak dulu, diorang yang masak bukan mak diorang. Memasak pulak, nak kena cari kayu api dulu. Penat ooo. Kalau budak sekarang, cuci beras masak pakai ricecooker. Punyalah senang.

3. Bercinta.
Dulu orang bercinta, hantar surat ja. Kalau nak wangi, taruh bedak dalam surat tu. Bukak-bukak, tumpah atas seluar. Yelah, zaman dulu mana ada facebook segala bagai ni. Hantar surat pulak, mesti pakai ayat yang berbunga-bunga, kalau tak, rejectlah jawabnye. Kalau tak pakai surat pun, pakai mata, jeling-jeling, senyum-senyum. Tu ja yang ada.

4. 'Lemak' terlajak
Oh, ni takde kaitan dengan nombor 2 tadi, tapi ni pasal perangai korang yang terlebih lemak. Budak dulu-dulu mana ada berani nak mengadu kalau kena rotan dengan cikgu dekat bapak diorang, sebab diorang tau, kalau diorang mengadu, mesti kena lagi sedas dua dari bapak diorang. Budak sekarang? Hrrmm... . Pikir- pikir dan renung-renungkanlah.

Ni ajelah yang terlintas dek palotak aku, tapi sebenarnya ada banyak lagi. Jenuhla aku nak taip. Sekali-sekala apa salahnya korang pulak yang pikir.

HAMBA: Kepada sesiapa yang terasa tu, aku memang nak bagi korang terasa pun. Hehehe.

Khamis, 15 September 2011

Pian Cecupak suntik kolagen lagi

            Dua tahun dulu, dekat tv mesti tunjuk kisah yang kata Pian dah insaf. Habis semua media dicanang fasal dia dah insaf ngan perbuatan dia yang nak muka cam Dafi.
            Tapi sejak akhir-akhir ni, peminat nampak Pian ni dengan penampilan yang sama terutama dalam rancangan Lawak Minggu Ini di Astro pastu dia dah suntik kolagen balik.. Muka yang dulu, aku tengok lagi hensem.
            Dah berubah dah dia ni, atau janji yang dia buat tu cuma janji manis sebab nak publisiti murahan? Lagi gambar Pian Cecupak 'Drag Queen' lepas ni.







HAMBA: Elok lagi muka yang dulu, cik abang oi.