Kalau korang perasanlahkan, budak sekarang ni berbeza sangat dengan budak dulu. Mak aku pun asyik cakap:
"Heih, budak sekarang tak macam budak-budak dulu."
Kalau korang nak tahu apa yang bezanya, baik korang usya yang nombor satu sekarang.
1. Cara berpakaian
Seriuslah aku cakap, susah la sangat nak tengok budak sekarang ni pakai baju kurung. Kalau nampak pun, mesti dekat kenduri kahwin ke ape ke. Tapi selalunya t- shirt ngan seluar track takpun seluar jeans. "Eleh, kau tu pun samalah juan." Err...
2.Tahap kerajinan
Ni aku tujukan khas untuk anak dara se Malaysia, yang mana asyik bangun pukul 12 tengahhari. Bangunlah wahai anak- anak sekalian. Nilah yang menyebabkan pompuan melayu zaman sekarang gemuk aje banyak. Kalau tak caye, cuba korang bandingkan aktiviti gadis dolu-dolu dengan gadis sekarang. Sangatlah berbeza sama sekali. Budak dulu, diorang yang masak bukan mak diorang. Memasak pulak, nak kena cari kayu api dulu. Penat ooo. Kalau budak sekarang, cuci beras masak pakai ricecooker. Punyalah senang.
3. Bercinta.
Dulu orang bercinta, hantar surat ja. Kalau nak wangi, taruh bedak dalam surat tu. Bukak-bukak, tumpah atas seluar. Yelah, zaman dulu mana ada facebook segala bagai ni. Hantar surat pulak, mesti pakai ayat yang berbunga-bunga, kalau tak, rejectlah jawabnye. Kalau tak pakai surat pun, pakai mata, jeling-jeling, senyum-senyum. Tu ja yang ada.
4. 'Lemak' terlajak
Oh, ni takde kaitan dengan nombor 2 tadi, tapi ni pasal perangai korang yang terlebih lemak. Budak dulu-dulu mana ada berani nak mengadu kalau kena rotan dengan cikgu dekat bapak diorang, sebab diorang tau, kalau diorang mengadu, mesti kena lagi sedas dua dari bapak diorang. Budak sekarang? Hrrmm... . Pikir- pikir dan renung-renungkanlah.
Ni ajelah yang terlintas dek palotak aku, tapi sebenarnya ada banyak lagi. Jenuhla aku nak taip. Sekali-sekala apa salahnya korang pulak yang pikir.
HAMBA: Kepada sesiapa yang terasa tu, aku memang nak bagi korang terasa pun. Hehehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan