Jumaat, 16 September 2011

Resepi nasi hujan panas


Bahan- bahannya

  • 3 pot kecil beras biasa (brasmathi pun boleh) Ikut perut koranglah nak letak berapa 
  • 1 sudu minyak sapi
  • 1 sudu susu pekat
  • Rempah (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih)
  • Garam secukup rasa
  • 1 Bawang besar dihiris
  • Minyak untuk menumis
  • 2 helai daun pandan
  • 1 Sudu sos tomato
  • 1 inci halia diketuk
  • Pewarna~ikut suka korang

Cara-caranya

  1. Basuh beras & sukat air macam masak nasik biasa
  2. Panaskan minyak untuk menumis
  3. Masukkan bawang & rempah & halia & daun pandan. Tumis sampai naik bau
  4. Kemudian masukkan sos tomato, susu, minyak sapi & garam.
  5. Sudah menggelegak masukkan bahan tadi dalam periuk nasi pastu kacau sebati
  6. Setelah nasi agak kering cucukkan lidi bersama pewarna tadi ke dalam nasi. Biar sehingga setengah jam baru korang kacau.

JUAN: Dari sepinggan terus jadi tiga. Warghhh, gemukla aku nanti!

1 ulasan:

Juan berkata...

Mak aku kata, menda ni macam nasik beriani. Betul ke?