Jumaat, 16 September 2011

Buat duit dengan churpchurp

            Korang kenal tak dengan churpchurp ni? Kalau tak kenal, meh sini aku nak kenalkan. Churpchurp ni adalah little sister kepada nuffnang. Aku dah lama dah register, Boleh kata sangatlah senang nak dapat duit dengan program ni. Bagi yang belum daftar, korang boleh join dengan klik di sini:

------------> Register churpchurp

Lepas korang daftar jadi ahli churp-churp, dalam jangka masa tertentu, diorang akan kasi job kat koranglah. Masa korang nak tunggu job tu, korang buatlah kerja korang cam biasa.  Job yang nak diorang kasi tu adalah  kerja mempromosikan sesuatu. Diorang akan hantar emel fasal tugasan korang.

Contoh email tugasannya
Seterusnya login ke akaun churpchurp samada korang klik link dalam email tu ataupun login di halaman churpchurp. Bagi korang yang belum ada twitter mahupun facebook, daftarlah sekarang sebab dua menda nilah yang akan bantu korang dalam tugas korang.

churchurp pending tweets


Langkah-langkah yang perlu korang buat untuk menyempurnakan tugas korang:

  • Baca keterangan dulu sebelum nak start tulis taip.
  • Dalam kotak 'compose' serta diluarnya jugak ada keyword yang mesti dimasukkan dalam ayat ( selalunya #hashtag, keyword serta link).
  • Pastikan korang pastikan semua keyword ada dalam ayat sebelum korang 'submit'. Ingat, check betul-betul
Lepas tu tugasan yang korang buat tadi akan diperiksa terlebih dahulu, Kalau cukup syarat, diorang akan terus hantar dekat twitter bila- bila masa dan korang tak yahla tweet secara manual sebab diorang akan tweet secara automatik untuk korang. Tapi korang tak payah risau, sebab selalunya diorang approve je.

Kalau nak check jugak samada diorang luluskan ke tidak, boleh tengok dekat 'shceduled tweets'. Kalau tak terima lagi,Status: [Pending Approval] akan kelihatan. Yang selebihnya korang cuma perlu goyang kaki dan tunggu duit masuk.


JUAN: Senang kan?

2 ulasan:

ekabukanmakcikkau. berkata...

aku tak suka lah pulek churp churp ni dia buat aku jadi selenger . mehehee

Juan berkata...

Lagi senang nak dapat duit. Nuffnang aku payah sungguh nak gerak duit dia. Kau tak pe la. Srut,, srutt.