Jumaat, 9 September 2011

Engko akan rasa cuak bila...., tapi engko akan happy bila....

Engko akan rasa cuak bila.....
Korang study habis-habisan  untuk ujian math yang susah tahap membunuh, tapi korang cuma dapat C minus aje berbanding kawan korang yang harem tak study dimana resultnya adalah A ++++++++++++++ dan korang dengan lafaz Bismillah, menunggu hukuman daripada cikgu korang.
Tapi korang akan rasa lega bila...
Sebenarnya, kertas korang tertukar dengan kawan korang tadi dan korang dengan syahdunya memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana diberi peluang untuk bernafas di bumi yang nyata nih.

Engko akan rasa cuak bila....
Korang yang tak berapa comel, hensem, cantik, etc dikutuk oleh lelaki atau pompuan yang hensem/cantik gilaaaa.
Tapi korang akan happy bila...
Cikgu disiplin korang yang paling garang di dunia+ sangat tidak suka wajah orang dikutuk sebab muka cikgu tu pun tak berapa ok sangat, dengar semua yang diorang kata dekat engko, lantas mereka yang mulutnya macam !@#$%^ didenda buat nota sejarah dari bab 1 sampai bab 8876896.

Engko akan rasa cuak bila...
Engko datang ke sekolah dengan niat sesuci murni nak belajar, tiba- tiba dikacau oleh mamat bus stop yang khojenye lepak manjang. Lantas korang dengan tak sengajanya terkata ' fuck you bebehhhhh', ye ke?
Tapi korang akan rasa happy bila....
Ada seorang otai silat yang kebetulan lalu depan mamat-mamat tuh dan dengan kelajuan 897 km/h me 'wachaaa' diorang sampai sawan.

Korang akan rasa cuak bila...
Korang dengan tidak sengajanya terhilangkan buku nota cikgu sains korang yang garangnya melebihi kakak korang yang yang garang macam bapak dragon hunter.
Tapi korang akan rasa happy bila...
Itu cuma mimpi semata-mata. Hehehe.


Hamba: Kalau ada lagi, pandai- pandai koranglah ye.

Tiada ulasan: