Isnin, 12 September 2011

Bila kau kecik, kau akan.... tapi bila kau besar, kau akan....

Bila kau kecik, kau akan...
Dilayan macam anak raja bila kau demam ke, sakit perut ke. Sebab bila mak kau buat bodoh kat kau,kau akan mula melalak cam puaka sampai kau muntah, pastu mak kau marah kau balik sebab mengada-ngada sangat hingga menyebabkan kau nangis dan muntah lagi.

Tapi bila kau besar, kau akan...
Disuruh masuk ke bilik walaupun kau demam, nak elakkan jangkitan la katakan. Pastu bila kau nak merajuk or mogok ke, dan mak kau perasan menda tu nak jadi, mak kau akan berkata dalam hati:
         'merajuk la, ada aku kesah.' Eh,tak nampak macam statement keibuan pon.
Setelah beberapa saat kemudian, kau tak jadi merajuk sebab mak kau masak kari kepala ikan yang memang peberet kau sehingga meleburkan semangat kau nak merajuk.

Bila kau kecik, kau akan....
Dapat memberatkan dompet kau dengan duit masa hari raya sekaligus menjadi ah long bila abang, akak korang nak pinjam duit. Nothing is free bro.

Tapi bila kau besar, kau akan...
Mendapati dompet kau di hari raya, semakin hari semakin kempis sampai tak dak pape langsung. Sebab ada satu spesies yang menyonglap duit kau, sehingga menyebabkan kau terpaksa jual rumah dengan kereta korang. Eleh, ye ke? Kau mesti tau spesies apa tu.

Bila kau kecik, kau akan...
Digelar budak paling lelaki paling comel dekat alam semesta nih sebab senyum sambil main tangan akak- akak yang suka budak. Walaupun, kau ni bukan comel pon.

Bila kau besar, kau akan...
Diterajang sebab berani senyum dan korang dengan bangangnya pegi sentuh tangan awek yang tetibe lalu depan korang hingga menyebabkan kau blur kejap sampai kau ingat awek tu mak kau. Padan dengan muka.

Hamba: Ishk, sadis jugak.

Tiada ulasan: