kot.
Pengakuan Shahz Jazsle petikan daripada Gua.com.my
Mereka berdua sudah saling mengenali sejak lapan tahun lalu. Kedua-duanya pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail. Ketika itu, Shahz Jazsle di Tingkatan 5 manakala Miera Liyana di Tingkatan 2.
Walaupun menyukai Miera pada waktu itu, Shahz terpaksa mengalah kerana kawan baiknya juga berminat pada Miera.
Persahabatan mereka terjalin semula apabila kedua-duanya menjadikan lakonan sebagai kerjaya. Namun begitu, status mereka sekadar kawan biasa. Sehinggalah Shahz putus dengan Maria Farida. Lapan bulan selepas itu, mereka mula rapat.
“She’s nice. Tak plastik. Saya tak kisah jika orang tak suka dia. Saya juga tak kisah apa orang nak cakap tentang dirinya atau kontroversinya,” jawab Shahz saat ditanya apa keistimewaan Miera.
“Karektor dia juga memikat saya. Dia seorang yang sempoi dan mudah untuk ‘communicate’ dengannya. Jangan lihat usianya yang muda. Bila topik yang dibualkan sesuatu yang serius, dia boleh serius.
“Sekarang susah nak cari perempuan yang baik. Di dalam industri ini, saya dikelilingi perempuan cantik tetapi kecantikkan tidak menjaga kita.”
Ni pulak pengakuan si MieraBagi Miera, dia sangat selesa dengan Shahz yang dilihat seperti dirinya, seorang yang sempoi. Dan bukan disebabkan populariti Shahz yang membuatnya terpikat. Malah, kalau boleh dia ingin lari daripada bercinta dengan orang dalam industri.
Hamba: nak menantu yang terek masak + hormat orang tua, hehehe.
3 ulasan:
alahhh takde can ahh gini . aku tak pandai masakkk muahahhaa
Mulai dari saat dan detik ni, aku nak kau belajar sekarang jugak. Ngeee.
Catat Ulasan